Saluran Jia Yu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jia Yu Channel)
Saluran Jia Yu
Pemilikan
IndukCosmos Discovery Sdn. Bhd (COSMOS)
Sejarah
DilancarkanMalaysia 17 November 2005; 18 tahun yang lalu (2005-11-17)
Hong Kong 17 November 2005; 18 tahun yang lalu (2005-11-17)
Malaysia 26 April 2007; 16 tahun yang lalu (2007-04-26) (melalui Astro)
DitutupMalaysia 1 April 2014; 10 tahun yang lalu (2014-04-01)
Digantikan olehKah Lai Toi
Pautan
Laman webhttp://www.jiayu.tv

Saluran Jia Yu (Cina Ringkas: 家娱频道, Cina Tradisional: 家娛頻道, pinyin: jiāyú píndào) ialah sebuah saluran TV berbayar perkhidmatan 24 jam sehari 7 Hari seminggu yang berbahasa Mandarin dan Kantonis di Malaysia, slogan saluran penyiaran ini "Wholesome family entertainment".

Saluran ini dilancarkan pada 17 November 2005 oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Saluran ini telah ditamatkan penyiarannya pada 1 April 2014, tetapi saluran 304 tetap diteruskan untuk menyiarkan beberapa rancangan sebelum digantikan oleh Kah Lai Toi pada 1 Mei 2014.

70% kandungan saluran ini dari Guangdong Television (GDTV) di China dan Hong Kong, yang mana sumber dikawal oleh Cosmos Discovery Sdn Bhd, syarikat penerbitan tempatan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]