Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Kadir b. Haji Sheikh Fadzir

Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir (lahir 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Kulim, Kedah) merupakan seorang ahli politik dari Kulim, Kedah, Malaysia. Beliau mantan Menteri Penerangan (2004 - 2006) dalam Jemaah Kabinet , Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang bertanding kawasan parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah sejak Pilihan raya 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan tidak bertanding pada 2008.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bersekolah di Sekolah Melayu Tawar (1946-1949) ,Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim (1950-1957). Pada 1968 belajar di Lincoln's Inn, London jurusan undang-undang pada 1970.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Abdul Kadir menjadi guru di Sekolah Inggeris Serdang (1958), di Sekolah Kebangsaan Baling (1958-1960), kerani di Jabatan Kerja Raya, Alor Star ( 1960-1963).

Kemudian bekerja sebagai Pegawai Kerja Am di Kementerian Luar Negeri (1963-1964), Setiausaha Ketiga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Karachi, Pakistan (1964-1965), Setiausaha Ketiga di Kedutaan Besar Malaysia, Saigon, Vietnam (1966-1968)dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Am (1971-1974)

Beliau menjadi peguam dalam firma Guaman "Hisham, Sobri dan Kadir" (1974-1982). Selepas menang pilihan raya 1978, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri (1982), Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999).

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melantik beliau sebagai menteri penuh iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999). Beliau juga menjadi Pengerusi, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (1999). Pada tahun 2004, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula melantik beliau sebagai Menteri Penerangan (2004).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Keluarga beliau mendapat tempat dalam politik Kedah. Abdul Kadir menjadi Menteri Penerangan .Adiknya Datuk Abdul Aziz Syeikh Fadzir menjadi wakil rakyat DUN Kuala Ketil. Adiknya pemimpin Pemuda UMNO Malaysia.

Adiknya ,Datuk Haidar Ali Syed Fadzir menjadi Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan tetapi telah meninggal dunia akibat akibat jangkitan kuman pada hati dan paru-paru. Pejabat Haidar Ali terletak di di Lot 18 & 19, Jalan Memanda 5, Ampang Point , Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Datuk Musa Sheikh Fadzir menjadi ketua UMNO Bukit Mertajam dan dilantik menjadi Senator Dewan Negara.

Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Abdul Kadir terlibat dalam UMNO sejak 1969 lagi. Beliau menjadi Presiden Kelab UMNO, United Kingdom (1969-1970), Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah (1970 - 1976), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai (1978), Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (1978), Ketua Pemuda UMNO Kedah (1978 - 1980), Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu (1984 - 1987).

Apabila UMNO diharamkan angkara UMNO 11, Abdul Kadir setia bersama Dr Mahathir Mohamad menubuhkan UMNO baru.Beliau menyertai Ahli UMNO Baru (1988) dan terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1988).

Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sesi 2000 - 2003.Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 beliau tidak terpilih dalam senarai 25 MKT yang menng.

Dia menjadi pemimpin veteran UMNO yang membentuk Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.

Keluar dari UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mac 2012, Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir telah membuat pengumuman untuk keluar parti dari parti UMNO yang dianggotainya lebih 56 tahun. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.[1]

Dalam perkembangan yang sama, PAS menyifatkan pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti UMNO sebagai tamparan hebat kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Kadir itu untuk menebus maruah negara yang digadai oleh BN. Mahfuz percaya tindakan Tan Sri Abdul Kadir merupakan satu tamparan kepada Najib yang baru-baru ini berkata rakyat jangan cuba menggadaikan masa depan negara untuk memberikan sokongan kepada pembangkang.

Mahfuz juga melakarkan ucapan tahniah kepada Kadir yang disifatkannya telah membuat keputusan yang tepat, Mahfuz juga berkata, tindakan kadir itu merupakan satu 'signal' kepada masyarakat untuk menolak Umno.

Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana tindakan berani dan ini satu keputusan demi untuk masa depan negara kita. Memang sesuai dengan apa yang pernah dikatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bahawa kekalahan Umno dalam pilihan raya akan datang baik untuk negara.

- Mahfuz Omar.[2]

Aktviti sosial[sunting | sunting sumber]

Abdul Kadir seorang yang ramah, tahan uji dan aktif dalam persatuan. Antaranya beliau menjadi Setiausaha Agong Pertubuhan Setiakawan rakyat Afro-Asia (Malaysia), Pengerusi, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Cawangan Wilayah Persekutuan / Selangor dan Penaung, Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Kulim.


Menteri Penerangan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Menteri Penerangan menggantikan Datuk Megat Junid Megat Ayob. Selepas beliau, Datuk Zainuddin bin Maidin menjadi Menteri Penerangan.

Pada 12 November 2005, siaran 24 jam Kedah FM dilancarkan oleh Sultan Kedah.Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku menteri penerangan turut hadir.Malah Siaran 24 jam ini merupakan cetusan idea beliau.

Abdul Kadir menjadi 'pelakon tambahan' dalam drama Mahligai Gading.Turut berlakon ialah Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Seri Sharizat binti Abdul Jalil.

Saluran Jia Yu dirasmikan oleh Abdul Kadir selaku Menteri Penerangan pada 17 November 2005. 70% kandungan diimport dari China dan Hong Kong dikawal oleh Cosmos Discovery.

Pada 1 April 2005, Radio 6 dijenamakan semula sebagai Minnal FM dan dirasmikan oleh Datuk Kadir Sheikh Fadzir.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Abdul Kadir merupakan pemimpin berkaliber dan pemimpin pelapis sejak 1978 lagi. Dia menang di Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah dalam Pilihan raya 1978 lagi.Dalam pilihan raya 1999 menang dengan majoriti 8,067 undi.

Pilihan raya 2004 , Abdul Kadir mendapat 22,556 undi manakala Alwi Mohd Yusof (Keadilan) mendapat 14,558 undi.

Pada 2008, kawasan ini diwakili oleh adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Pengundi kawasan itu tidak menyokong adiknya tetapi memilih Zulkifli Nordin dari Parti Keadilan Rakyat. Peguam Zulkifli Nordin telah di pecat dari parti PKR dan menjadi calon Bebas.

Pingat dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Atas jasanya,Abdul Kadir menerima pingat Ahli Mangku Negara (A.M.K.) (1992), Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh Sultan Kedah (1986) yang membawa gelaran Dato.Pingat Gagah Darjah Kinabalu (P.G.D.K) dan Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah oleh Sultan Kedah.

Beliau turut dianugerahkan 'Tokoh Pelancongan Terbaik bagi tahun 2001' oleh Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) di Berlin. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Penerangan pada tahun 2005.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]