Jika Sempat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jika Sempat
Album studio oleh
Dilancarkan pada15 April 2016
Dirakamkan pada2013-2016
GenreAlternative rock, Indie
SyarikatMorning Rocket, Kamar Seni Enterprise, Warner Music Malaysia
PenerbitHujan
Kronologi Hujan
Sang Enemy
(2012)
Jika Sempat
(2016)
Suria
(2018)
Single daripada Jika Sempat
  1. "Jika Sempat"
    Dikeluarkan: 2016
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jika Sempat merupakan album studio kelima kumpulan rock Malaysia, Hujan, dikeluarkan pada 15 April 2016. Album ini merupakan album pertama Hujan dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir muncul dengan album Sang Enemy pada 2012.[1]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut Hujan, kebanyakan lagu yang dimuatkan dalam album Jika Sempat ialah koleksi lagu lama mereka yang tidak pernah dikeluarkan. Lagu-lagu tersebut merupakan karya yang tidak digunakan dalam simpanan mereka kerana ia tidak bersesuaian pada tempoh tersebut. Bagaimanapun, kesemua lagu-lagu tersebut menjalani proses rakaman semula vokal selain susunan muzik diperbaharui. Untuk memberi kelainan vokalnya, Noh menghadiri kelas vokal dan menyifatkan sebagai lebih matang.[2]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Jika Sempat dikeluarkan pada 15 April 2016. Portal Stail.my berkata: "Jika ada kelemahan tentang album ini pun bagi saya adalah terlalu banyak trak di dalamnya. Mungkin jika boleh dipendekkan durasi album ini dengan hanya untuk 8 trak sahaja. Trak-trak yang saya yakin betul-betul menangkap pendengaran seperti berikut dan saya rasa cukup untuk buat kita ulang dengar berkali-kali."[3]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Hujan.

No.TajukMasa
1."Biarkan Saja"2:53
2."Karektor Tentangan"3:37
3."Papa Mama"3:42
4."Jika Sempat"4:19
5."Jangan Lupakan Aku"3:09
6."Sendiri"4:02
7."Kamar Sepi"4:12
8."Miri"3:31
9."Aku Janji"4:34
10."Berlari dan Mati"4:38
11."Kau"3:37


Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 15 April 2016 Muat turun digital[4]
Penstriman digital[5]
Morning Rocket, Warner Music Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hujan’s new album ‘Jika Sempat’ reflects their journey from the beginning The Malay Mail (1 Jun 2016). Dicapai pada 1 Jun 2016.
  2. ^ Hujan Muncul Dengan ‘Jika Sempat’ Selepas Empat Tahun Berehat Perak Today (21 Mei 2016). Dicapai pada 21 Mei 2016.
  3. ^ Review: Hujan - Jika Sempat[pautan mati kekal] Stail.my. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  4. ^ "Jika Sempat". iTunes Store (MY). Apple. 15 April 2016. Dicapai pada 17 April 2018.
  5. ^ "Jika Sempat - album by Hujan". Spotify. 15 April 2016. Dicapai pada 17 April 2018.