Hujan (kugiran)
| Hujan | |
Check Check Rock Rock |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Lahir | 2006 |
| Asal | |
| Genre | Rock Alternatif Indie |
| Tahun aktif | 2006 — sekarang |
| Laman web | Laman Rasmi Laman Myspace Laman Raingers |
| Ahli-ahli | |
| Noh Salleh - Vokalis,Gitar Hezry Hafidz "AG Coco" - Gitar Utama Azham Ahmad "Ambobzeela" - Dram Dimas Santoso - Keyboard Izzat Huzaini - Bes Gitar |
|
| Bekas ahli | |
| Nazeri Nazirul "Dukegong" - Bes Gitar Azhar Imran "Jaja" - Bes |
|
Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.
Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.
Pada 2009, mereka melancarkan konset jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" yang telah di adakan di seluruh negara. Jelajah itu di akhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke eropah setelah di undang bagi bersama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.
Terkini Hujan telah mengeluarkan album ke-3 mereka 'Lonely Soldier Boy' yang dilancarkan pada 25 November 2010. Album ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan terutamanya peminat tegar mereka sendiri yang digelar RAINGERS.
Isi kandungan |
[sunting] Ahli-ahli
Ahli Terkini
- Noh Salleh - Vokalis,Gitar Kedua,Penulis Lagu
- Hezry Hafidz "AG Coco" - Gitar Utama,Penggubah Lagu
- Azham Ahmad "Ambobzeela" - Dram
- Dimas Santoso - Keyboard
- Izzat Huzaini - Bes Gitar
Bekas Ahli
- Azhar Imran "Jaja" - Bes Gitar
- Nazeri Nazirul "Dugong" - Bes Gitar
[sunting] Diskografi
[sunting] Demo
- "Ludah Amerika"
- "Luka Mana"
- "Papa Mama"
- "Lonely Soldier Boy"
- "Sedih"
- "Neon"
- "Selamat Hari Ibu"
- "Ku Mahu Kau Tahu"
- "Empayar Mu"
- "Hampir"
- "Kamek Sayang Kitak"
- "Kau Pijak Hatiku"
- "Kotak Hati"
- "Kuala Lumpur"
- "Miri"
- "Di Kala Bermain Biola"
- "Bagaikan Matahari"
- "Mimpiku Hanya Mimpi"
- "Muda"
- "Rantai Rasa Cinta"
- "Selamat Hari Raya"
- "Selamat Tahun Baru Cina"
- "Selamatkan Kucing Aku"
- "Kassim Selamat"
- "Na Na Na"
- "Lepaskan aku"
- "Tolong Aku"
- "Kelonsong Peluru"
[sunting] EP
- 1,2,3 Go! (2007)
- Check Check Rock Rock (15 Disember 2007)
- Hujan UK Release (11 Februari 2008)
[sunting] Album Studio
- Hujan (2008)
- Mencari Konklusi (2009)
- Lonely Soldier Boy (2010)
[sunting] OST
- "Jiwa Kelajuan" (OST Impak Maksima)
[sunting] Kompilasi
- CD Issue-9 Majalah JUNK: "Pagi Yang Gelap"
- Support Our Local Act Volume 1: "Bila Aku Sudah Tiada"
[sunting] Anugerah
[sunting] Anugerah Industri Muzik
| Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
| 2009 (AIM16) | Artis Baru Terbaik | Dicalonkan | Meet Uncle Hussain | ||
| Album Rock Terbaik | Hujan | Menang | |||
| Lagu Rock Terbaik | Dugaannya | Dicalonkan | Hujan - Bila Aku Sudah Tiada | ||
| Bila Aku Sudah Tiada | Menang | ||||
| Lagu Terbaik | Dicalonkan | Misha Omar - Nafas Cahaya | |||
| Album Terbaik | Dicalonkan | Dato' Siti Nurhaliza - Lentera Timur | |||
| 2010 (AIM17) | Album Rock Terbaik | Mencari Konklusi | Dicalonkan | Faizal Tahir - Adrenalin | |
| Lagu Rock Terbaik | Mencari Konklusi | Dicalonkan | Bunkface - Situasi | ||
| 2011 (AIM18) | Kulit Album Terbaik | Lonely Soldier Boy | Dicalonkan | Aizat - Urusan Aizat Amdan | |
| Rakaman Album Terbaik | Dicalonkan | Reza Salleh - Realize | |||
| Video Muzik Terbaik | Inspektor Remos | Dicalonkan | Aizat - Susun Silang Kata | ||
[sunting] Anugerah Planet Muzik
| Anugerah Planet Muzik | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan | Tewas Kepada |
| 2009 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu untuk Duo/Kumpulan Baru | Pagi Yang Gelap | Hujan | Dicalonkan | Kotak - Beraksi |
| Duo / Kumpulan Terbaik | Dicalonkan | Yovie & Nuno - The Special One | |||
| Lagu Terbaik | Pagi Yang Gelap | Dicalonkan | Nidji - Laskar Pelangi | ||
| Album Terbaik | Dicalonkan | Afgan - Confession No. 1 | |||
| Artis Malaysia Paling Popular | Dicalonkan | Siti Nurhaliza | |||
| Artis Serantau Paling Popular | Dicalonkan | ||||
| 2011 | Artis Serantau Paling Popular | Dicalonkan | Siti Nurhaliza | ||
[sunting] Anugerah Juara Lagu
| Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
| 2009 (AJL24) | Aku Skandal | Hujan | Noh | Noh | Terbuka | Dicalonkan |
| 2010 (AJL25) | Mencari Konklusi | Mencari Konklusi | Noh | Noh | Terbuka | Dicalonkan |
[sunting] Anugerah Bintang Popular Berita Harian
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2008 | Penyanyi Berkumpulan / Duo Popular | Dicalonkan | |
| 2009 | Penyanyi Duo / Berkumpulan Popular | Dicalonkan | |
[sunting] Anugerah Shout!
| Shout! Awards | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2009 | Break Out Award | Dicalonkan | |
| Rockstar Award | Dicalonkan | ||
| 2010 | Rockstar Award | Dicalonkan | |
[sunting] Pautan luar
- Laman Rasmi
- Laman Myspace
- Laman AMP @ Channel [V]
- Hujan.org - komuniti raingers
- Hujan di Berita Harian.
|
|||||||||||||||||||||||