Jikji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jikji dicetak pada tahun 1377 di kuil Heungdeoksa dan merupakan buku yang dicetak dengan alat cetak logam mudah-alih yang paling lama. Nama sebenar Jikji ialah Baegunhwasangchorok Buljo jikjisimcheyojeol dan ia adalah buku mengenai ajaran Buddha. Buku ini disusun oleh sami Buddha Korea yang bernama Baegun Hwasang dan dicetak oleh 2orang anak muridnya iaitu Seokchan dan Daljam dengan alat cetak logam mudah-alih. Buku ini ada 2 jilid tetapi satu jilid lagi disimpan di perpustakaan awam Perancis. Buku ini adalah buku yang dicetak dengan percetakan paling lama iaitu 78 tahun lebih lama daripada bible 42 baris yang disusun oleh Gutenberg. Jikji diiktiraf sebagai warisan dokumentari pada 4 September 2001 dan diiktiraf sebagai sejarah manusia yang bernilai oleh pelbagai cerdik pandai. Jikji kini berada di muzium percetakan lama Cheongju.

Penyusun buku dan isi kandungan buku[sunting | sunting sumber]

Tajuk sebenar Jikji ialah Baegun hwasang chorok buljo jikjisimcheyojeol. Maksudnya ialah Baegun hwasang telah menyunting penjelasan tentang Jikji iaitu kata-kata Buddha yang paling penting daripada buku sami atasan. Penulis dan penerbit Jikji adalah dua orang yang berlainan. Baegun hwasang adalah penulis buku ini, dilahirkan pada tahun 1289 dan menjadi sami pada usia yang muda. Nama panggilannya ialah Baegun dan nama Buddhanya ialah Kyeonghan. Beliau adalah guru utama ajaran Zen dan meninggal dunia pada tahun 1374. Selepas kematian beliau, anak muridnya, Sokchan dan Dalcam telah mencetak buku beliau. Biarawati Buddha, Myodeok telah membantu menyediakan makanan dan kewangan.

Isi kandungan Jikji adalah himpunan ajaran Buddha. Isi kandungan utama Jikji ialah Jikji-insim-gyeonsong-songbul yang diambil daripada ayat kesedaran yang bermaksud ‘apabila kita melihat hati manusia dilihat dengan betul, kita akan sedar bahawa hati itu sebenarnya ialah hati Buddha’. Jika diterjemah maksud Jikji ini, ada beberapa maksud yang boleh dilihat seperti ‘ajaran yang tepat’, ‘hati yang ikhlas’, ‘mengurus secara terus’ dan sebagainya.

Anak murid Baegun telah menerbitkan buku itu di kuil Heungdeoksa, Cheongju, ChungCheongbukdo sebanyak 2 jilid. Sampai sekarang hanya satu jilid sahaja yang telah dijumpai dan ia disimpan di Perpustakaan Awam Perancis.

Jikji yang berada di Perancis[sunting | sunting sumber]

Korean book-Jikji-Selected Teachings of Buddhist Sages and Seon Masters-1377.jpg

Kebanyakan orang Korea menganggap bahawa Jikji telah dibawa ke Perancis oleh orang Perancis pada Byonginyangyo yang berlaku pada tahun 1866 tetapi sebenarnya ia tidak benar. Pada tahun 1800-an Joseon telah mengadakan hubungan dan perjanjian dengan beberapa negara barat, dan pada tahun 1886, perjanjian ‘Jobulsuhotongsangjoyak’ telah dibuat bersama dengan Perancis.

Di bawah perjanjian ini, wakil jemputan Perancis iaitu Victor Collin de Plancy telah dihantar ke Korea. Beliau juga pernah bertugas di China dan Jepun dan sangat gemar mengumpul barang-barnag antik. Tidak dinyatakan pula bagaimana beliau dapat memiliki Jikji tetapi menurut buku bibliografi yang ditulis oleh Maurice Courant pada tahun 1901, Victor Collin sudah memiliki Jikji pada tahun 1900-an.

Pada tahun 1911, Jikji telah dilelong di Hotel Drouot dan dibeli oleh pengumpul barang-barang antik Henry Vever dengan harga 180 franc. Pada tahun 1950, Henry kemudian mewasiatkan barang-barang tinggalannya didermakan ke Perpustakaan Awam Perancis termasuk Jikji.

Jikji hanya tersimpan di rak buku selama beberapa tahun di Perpustakaan Awam Perancis sehinggalah seorang profesor Korea dalam bidang Korea yang mula bekerja di perpustakaan itu pada tahun 1967 menjumpainya. Sebenarnya profesor itu tidak ada pengetahuan dalam bidang percetakan tetapi setelah membuat penyelidikan selasa 3 tahun, beliau mendedahkan bahawa ia adalah salinan dari proses cetak logam mudah-alih. Beliau juga mempamerkan Jikji pada pameran ‘Buku’ di Perpustakaan Awam Perancis bersempena dengan ‘Tahun Buku Sedunia oleh UNESCO. Dengan ini Jikji menjadi terkenal di seluruh dunia. Selama pameran itu diadakan, ramai sarjana sejarah meneliti Jikji dan Jikji diiktiraf sebagai salinan cetak logam mudah-alih yang paling lama di peringkat antarabangsa.