Dinasti Goryeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
고려국 (高麗國)

고려왕조 (高麗王朝)
Kerajaan Goryeo (كراجاءن ݢوريو)


 

 

918 M–1392 M
Goryeo pada tahun 1374
Ibu negara Gaegyeong
(919M - 1232M)

Gangwha
(1232M - 1270M)

Gaegyeong
(1270M - 1392M)
Bahasa Bahasa Korea Tengah
Agama Buddha Korea, Konfusianisme Korea, Taoisme Korea, Kepawangan Korea
Kerajaan Monarki
Maharaja, Raja
 - 918 M - 943 M Taejo (pertama)
 - 949 M - 975 M Gwangjong
 - 981 M - 997 M Seongjong
 - 1351 M - 1374 M Gongmin
 - 1389 M - 1392 M Gongyang (akhir)
Ketua kerajaan tentera
 - 1170 M - 1171 M Yi Go (pertama)
 - 1171 M - 1174 M Yi Ui-bang
 - 1196 M - 1219 M Choe Chung-heon
 - 1270M Im Yu-mu (akhir)
Sejarah
 - Kebangkitan Tiga Kerajaan Akhir 900 M
 - Pertabalan Taejo 15 Jun 918 M
 - Penyatuan Tiga Kerajaan Akhir 936 M
 - Peperangan Goryeo-Khitan 993 - 1019 M
 - Serangan Mongol 1231 - 1270 M
 - Penyiapan Tripitaka Koreana 1251 M
 - Penurunan takhta oleh Gongyang 17 Julai 1392 M
Wang Geon (877-943), pengasas dinasti Goryeo.

Goryeo atau Koryŏ (Jawi: ݢوريو, Hangul: 고려, Hanja: 高麗) adalah dinasti atau wangsa yang diasaskan oleh Maharaja Taejo pada tahun 918 M. Nama Korea berasal daripada kerajaan ini. Dinasti Goryeo telah menggabungkan Tiga Kerajaan Akhir iaitu Silla, Hubaekje dan Taebong (Hugoguryeo) pada tahun 936 M dan memerintah sebahagian besar semenanjung Korea. Kerajaan ini kemudiannya jatuh setelah dikuasai oleh Dinasti Joseon pada tahun 1392. Goryeo telah meluaskan wilayah kekuasaannya sehingga ke Wonsan (kini sebuah bandar di Korea Utara) di timur laut, Sungai Amnok dan seluruh semenanjung Korea (1374).

Dua penemuan berharga daripada zaman ini ialah tembikar Goryeo serta Tripitaka Koreana iaitu sebuah kitab agama Buddha yang diukir pada 80,000 blok kayu dan disimpan di kuil Haeinsa, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan. Selain itu, pada era ini juga sistem taip cerai (movable type) berasaskan logam pertama di dunia telah dihasilkan dalam dinasti Goryeo ini pada tahun 1234 dan buku logam taip cerai tertua yang masih wujud iaitu Jikji pada tahun 1377.

Pada 668 Masihi, Silla telah menawan Baekje dan Goguryeo dengan pakatan Dinasti Tang tetapi pada akhir abad ke-9, ia mula goyah dan raja telah ditekan oleh para negarawan yang berkuasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]