Jo-anna Sue Henley Rampas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jo-anna Sue Henley Rampas
Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah
Memegang jawatan
2017
RajaAl-Sultan Abdullah
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua Wirawati Parti Warisan Tuaran
Memegang jawatan
2017
Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
10 Oktober 2018 – 30 Julai 2020
Butiran peribadi
LahirJo-anna Sue Henley Rampas
24 Mac 1989
Kampung Poturidong , Kiulu . Sabah
PasanganDr. Devindran Singh
Anak-anak1

Jo-anna Sue Henley Rampas berasal dari Sabah. Beliau merupakan anak muda Tempatan Negeri Sabah yang bergiat aktif dalam bidang politik.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Jo-anna Sue Henley Rampas telah berkahwin dengan Dr. Devindran Singh pada 12 Disember 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan[1].

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Jo-anna Sue Henley Rampas dilahirkan di Kampung Poturidong , Kiulu . Tuaran . Sabah. Beliau adalah anak kepada John Sheraton Henley dan Sulah Wellineh Rampas, Serta merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Jo-Anna Sue Henley Rampas mendapat Pendidikan awal di SK Pekan Kiulu, SK St Anthony, Penampang dan SMK St Michael, Penampang. Setelah menamatkan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia beliau telah melanjutkan pengajian beliau di Universiti Of London bermula pada tahun 2009 hingga 2012 mengambil jurusan dalam bidang Sarjana Muda Undang - Undang dan setelah beliau menyelesaikan Sarjana Muda, beliau telah melanjutkan Sarjana Udang - Undang di Universiti Of The West Of England bermula daripada tahun 2012 hingga 2014[2].

Penglibatan Dalam Bidang Ratu Cantik Dan Muzik[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mei 2007 di kemuncak terakhir Pesta Kaamatan Sabah , Jo-anna Sue Henley Rampas telah menjuarai pertandingan Ratu Pesta Kaamatan atau Unduk Ngadau 2007. Beliau juga telah menerima Kemenangan gelaran subsidi sebagai kecantikan semula jadi di Majlis Makan Malam atau sodop unduk ngadau, pada kemuncak pertama Pesta Kamaatan Sabah 2007[3][4].

Pada 28 Jun 2009 , Jo-anna Sue Henley Rampas telah dinobatkan sebagai Naib Juara Bintang RTM 2009. Beliau juga turut memenangi Bintang Paling Popular (SMS) dan Persembahan Terbaik[5]. Selepas bergelar Naib Juara Bintang RTM 2009 beliau telah mencipta beberapa lagu dalam versi bahasa Dusun dan Melayu antaranya ialah Lagu berjudul Siou (Maaf)[6], Koupusan (Kekasih/Kesayangan)[7] dan Belum Relakan.

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Jo-anna Sue Henley Rampas memulakan Kerjaya Politiknya dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah[8][9] dan Ketua Wirawati Bahagian Tuaran[10].

Beliau juga merupakan Mantan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Shafie Apdal[11]

Penglibatan Dalam Persatuan[sunting | sunting sumber]

Jo-anna Sue Henley Rampas mula aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang jawatan sebagai;

  • Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2019[12][13].

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN):Kiulu, Sabah[14][15].
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah Undi Majoriti Peratus Keluar Mengundi
2018 Jo-anne Sue Henley Rampas (WARISAN) 2,893 28.28% Joniston Bangkuai(PBS) 4,336 42.39% 10,459 1,443 80.70%
Terence Sinti (STAR) 2,457 24.02%
Gaibin Ransoi (PCS) 543 5.31%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Jo-anna Sue Henley Rampas dikurniakan dengan kepujian berikut:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Time for women, youth to have their say: Jo-Anna Rampas". www.thevibes.com.
  2. ^ "Joanna dari ratu cantik ke ratu rakyat". www.bharian.com.my.
  3. ^ "Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2007". 1.bp.blogspot.com.
  4. ^ "Unduk Ngadau 2007 (Final Result)". www.mysabah.com.
  5. ^ "Pelajar SPM Ernie menjuarai bintang rtm 2009". www.mstar.com.my.
  6. ^ "Siou Jo-Anna Sue Henley Rampas". lagubestbest.blogspot.com.
  7. ^ "Koupusan Jo-Anna Sue Henley Rampas". lagubestbest.blogspot.com.
  8. ^ "Sabah doesn't need Putrajaya's help to mitigate Covid-19 economic fallout, says Jo-Anna Henley Rampas". www.thestar.com.my.
  9. ^ "Kad warga asing, kenapa GRS diam? – Wirawati Warisan". www.utusan.com.my.
  10. ^ "Wirawati Tuaran Akan Anjur Banyak Aktiviti Galakkan Gaya Hidup Sihat". www.borneotoday.net.
  11. ^ "Joanna rampas kini setiausaha politik kepada ketua menteri sabah". www.astroawani.com.
  12. ^ "Pemenang Unduk Ngadau laksana tanggungjawab komuniti selama setahun". www.utusanborneo.com.my.
  13. ^ "New changes to improve Unduk Ngadau pageant". www.theborneopost.com.
  14. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
  15. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
  16. ^ "Hassim dahulu senarai 200 penerima darjah kebesaran TYT Sabah". www.pressreader.com.