Juhar Mahiruddin
| Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin | ||
|---|---|---|
| Yang DiPertua Negeri Sabah ke-X | ||
| Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Bin Haji Mahiruddin SMN, SPDK, PJN, PGDK, ASDK, JP | ||
| Pemerintahan | Yang DiPertua Negeri Sabah ke-10 (1 Januari 2011 - kini) | |
| Pertabalan | 1 Januari 2011 | |
| Lahir | 5 November 1953 (59 tahun) | |
| Pendahulu | Tun Ahmadshah Abdullah | |
| Pasangan | Datin Seri Norlidah RM Jasni | |
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin (lahir 5 November 1953 di Pulau Tambisan, Sandakan, Sabah) adalah Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-10 bermula 1 Januari 2011. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Undang-undang dari Universiti Wolverhampton, England. Beliau juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah ke-7 dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat ke-11. Beliau adalah antara pengasas UMNO negeri Sabah.
Isi kandungan |
[sunting] Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman sebagai majistret dan kemudiannya sebagai seorang peguam.
Pada tahun 1986, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik di Jabatan Ketua Menteri sehingga tahun 1989 sebelum dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat pada tahun 1990. Pada tahun yang sama, beliau menyandang kerusi Ahli Parlimen Kinabatangan selama dua penggal sehingga tahun 1999 sebelum dilantik sebagai Yang DiPertua DUN Sabah pada 5 Disember 2002.
[sunting] Perlantikan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah
Pada 22 Disember 2010, beliau telah ditabalkan sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-10 oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mulai 1 Januari 2011. Majlis itu disaksikan oleh beberapa pemimpin kerajaan persekutuan dan negeri.
Berikutan perlantikan beliau sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah yang baru, beliau bersara sebagai Yang DiPertua DUN Sabah 31 Disember ini setelah menjawat jawatan tersebut selama 8 tahun. Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah suatu ketika dulu kini menggantikan Datuk Seri Juhar dalam DUN Sabah.
[sunting] Anugerah yang diterima
Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin secara automatiknya dianugerahkan darjah Yang Mulia Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), membawa gelaran Datuk Seri Panglima, setelah dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah. Sebelum ini, beliau pernah dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), membawa gelaran Datuk.
[sunting] Keluarga
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Norlidah binti Datuk RM Jasni dan telah dikuniakan empat cahaya mata.