John Whitehead

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
John Whitehead
Portret usia 32 tahun dari Country Life
Kelahiran(1860-06-30)30 Jun 1860
Meninggal dunia2 Jun 1899(1899-06-02) (umur 38)
Pekerjaanpeneroka, ahli botani

John Whitehead (30 Jun 1860 – 2 Jun 1899) ialah seorang peneroka dan ahli botani Inggeris dari United Kingdom. Beliau merupakan orang Barat pertama mendaki puncak Gunung Kinabalu dengan jayanya pada tahun 1888.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

John Whitehead lahir di kampung Colney Hatch Lane, Muswell Hill, kepada Jeffery Whitehead, seorang pemegang saham dan isterinyae Jane Ashton Tinker.


Beliau menjalankan pendidikan di Elstree, Hertfordshire serta Edinburgh Institution; beliau mengalami masalah kesihatan di mana beliau dibawa memulihkan dii ke Engadine, Switzerland pada tahun 1881 dan Corsica tahun berikutnya. Dalam lawatannya ke Corsica inilah beliau membuat penemuan spesis baharu iatu Sitta whiteheadi.[2]

John membuat penerokaan Melaka, Borneo Utara, Jawa dan Palawan antara tahun 1885 dan 1888 mengumpul bahan sampel hidupan sains untuk tujuan kajian termasuk 45 speies baru unggas; kesemua catatan ini dibukukan semasa kepulangannya dari rantau itu.[3][4][5]

Beliau mahu menyambung penyelidikannya di kepulauan Filipina namun keadaan bergolak dari Perang Amerika Syarikat–Sepanyol yang meletus membawanya ke pulau Hainan, di sanalah beliau menghidap suatu demam yang meragut nyawanya di Haikou.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:Cite chapter
  2. ^ Templat:Cite ODNB
  3. ^ Exploration of Mount Kina Balu, North Borneo (1893)
  4. ^ "Exploration of Mount Kina Balu, North Borneo". Nature (dalam bahasa Inggeris). 48 (1250): 564. 1893. Bibcode:1893Natur..48Q.564.. doi:10.1038/048564a0. hdl:2027/mdp.39015068277535. ISSN 0028-0836.
  5. ^ Smythies, B.E. (1964-11-17). "The birds of Mt Kinabalu and their zoogeographical relationships". Proceedings of the Royal Society of London. Series B. Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 161 (982): 75–80. Bibcode:1964RSPSB.161...75S. doi:10.1098/rspb.1964.0079. ISSN 0080-4649.
  6. ^ "[Death of John Whitehead]". Ibis. 7. 5: 642. 1899.