Palawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
REPUBLIC OF THE PHILIPPINES
{{{infoboxtitle}}}
Ph seal palawan.png
Region: MIMAROPA (in transition[1][2])
Founded: 10 Mac 1917
Population:
2000 census—{{{pop2000}}} ({{{pop2000rank}}})
Density—{{{popden2000}}} per km² ({{{popden2000rank}}})
Area: 14,649.7 km² (1st out of 80)
Governor: Mario Joel T. Reyes (Lakas-CMD) (2007-2010)
Ph locator map palawan.png

Palawan ialah sebuah wilayah pulau Filipina yang terletak di rantau MIMAROPA. Palawan yang pusat pentadbirannya di Bandaraya Puerto Princesa, ialah wilayah terbesar di negara dari segi keluasan bidang kuasa. Kepulauan Palawan terletak di antara Laut China Selatan dan Laut Sulu, dari Mindoro di timur laut hingga Borneo di barat daya. Wilayah ini dinamakan sempena pulau terbesarnya, iaitu Pulau Palawan yang berukuran panjang 450 kilometer (280 bt) dan lebar 50 kilometer (31 bt).[3][4]

Palawan terdiri daripada Pulau Palawan yang panjang dan tirus, dikelilingi oleh sebilangan pulau-pulau kecil. Kepulauan Calamian di barat laut terdiri daripada Pulau Busuanga, Pulau Culion, dan Pulau Coron. Pulau Durangan dekat sekali dengan pantai paling barat di Pulau Palawan, manakala Pulau Balabac terletak berhampiran hujung selatannya, terpisah dari Borneo oleh Selat Balabac. Selian itu, wilayah Palawan meliputi Kepulauan Cuyo di Laut Sulu. Wilayah pertikaian Kepulauan Spratly yang terletak beberapa ratus kilometer di barat dituntut oleh Filipina, sebagai sebahagian wilayah Palawan yang bernama Kepulauan Kalayaan.

Garis tepi laut Palawan yang berukuran lebih kurang 2,000 kilometer (1,200 bt) ditandai oleh lebih kurang 1,780 buah pulau, suak batu, dan pantai pasir seputih gula. Wilayah ini juga menempatkan sebidang luas hutan dara yang meliputi serantaian banjaran gunung yang mencapai ketinggian purata 3,500 kaki (1,100 m), dengan puncak tertingginya pada ketinggian 6,843 kaki (2,086 m)[4] di Pulau Matalingahan. Kawasan pergunungan yang luas inilah yang menjadi sumber kayu balak yang bernilai. Rupa buminya menggabungkan dataran pantai, bukit kaki berceracak, delta lembah, dan hutan tebal yang ditaburi jalan-jalan pengairan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Presiden Filipina (23 Mei 2005). "Executive Order No. 429". Office of the Press Secretary. http://www.ops.gov.ph/records/eo_no429.htm. 
  2. Presiden Filipina (August 19, 2005). "Administrative Order No. 129". Office of the Press Secretary. http://www.ops.gov.ph/records/ao_no129.htm. 
  3. 3.0 3.1 WowPhilippines:Palawan - the Philippines' Last Frontier. Dicapai pada 27 Ogos 2008.
  4. 4.0 4.1 MSN Encarta: Palawan. Dicapai pada 5 September 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Palawan Templat:Luzon lateral Koordinat: 9°31′39″N 118°23′51″E / 9.52750°U 118.39750°T / 9.52750; 118.39750