Switzerland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gabungan Switzerland
سويتزيرلند
Schweizerische Eidgenossenschaft (Jr)
Confédération suisse (Pr)
Confederazione Svizzera (It)
Confederziun svizra (Rm)
Confoederatio Helvetica (Lt)
Moto: Unus pro omnibus, omnes pro uno
(Satu untuk semua, semua untuk satu)
Lagu: Swiss Psalm
Ibu negara Bern
Bandar terbesar Zurich
Bahasa rasmi Jerman, Perancis, Itali, Romansh
Kerajaan Republik persekutuan
Kemerdekaan
 -  Perairan (%) 4.2
Populasi
 -  2003 (anggaran) 7,399,100 (92)
 -  2000 (anggaran) 7,288,010
KDNK (PPP) 2003 anggaran
 -  Jumlah $233 billion (35)
 -  Per kapita $30,186 (8)
KDNK (nominal) 2003 anggaran
 -  Jumlah $309 billion (17)
 -  Per kapita $42,138 (3rd)
Mata wang Swiss franc (CHF)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod panggilan 41
Internet TLD .ch

Switzerland (Bahasa Jerman: die Schweiz, Bahasa Perancis: Suisse, Bahasa Itali: Svizzera, Bahasa Romansh: Svizra), secara rasminya Gabungan Switzerland (Confœderatio Helvetica dalam bahasa Latin, maka kod negaranya dalam ISO ialah CH), ialah negara Eropah Barat yang tidak berpantai, luasnya 41,285 km² dan diduduki 7.5 juta orang.

Pentadbiran Switzerland terbahagi kepada 26 kanton, enam daripadanya kadang-kadang dianggap sebagai "separuh kanton" kerana berpunca daripada pemisahan tiga kanton dan kesannya cuma berkongsi satu wakil dalam Majlis Negeri-Negeri. Ibu negaranya Bern, manakala bandaraya terbesar ialah Zürich (yang dinobatkan sebagai bandaraya yang kualiti hidupnya terbaik di dunia pada tahun 2006[1] dan 2007[2].)

Switzerland bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Austria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.

Switzerland kaya dengan sejarah sebagai sebuah negara yang neutral tanpa mengira zaman perang atau damai (dan tidak pernah terlibat dalam perang terhadap kuasa asing sejak tahun 1815). Oleh itu, Switzerland dijadikan tuan rumah kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang, meskipun ibu pejabatnya di Bandaraya New York, namun banyak mendirikan jabatan di Switzerland.

Gelaran-gelaran yang sering dipakai untuk menggelar Switzerland dalam bahasa Perancis (Confédération suisse), bahasa Itali (Confederazione Svizzera) dan bahasa Romansh (Confederaziun svizra) diterjemah sebagai "Gabungan Switzerland" (bahasa Inggeris: Swiss Confederation). Schweizerische Eidgenossenschaft merupakan istilah bahasa Jermannya yang terdapat pada dokumen rasmi. Nama bahasa Latinnya "Confœderatio Helvetica" (Gabungan Helvetik) dan kod negaranya "ch" bagi Internet dan pelekat kereta berkaitan dengan Helvetii, segolongan kaum Celt kuno yang pernah menduduki banjaran Alps. Switzerland menandakan 1 Ogos 1291 sebagai hari kemerdekaannya; mengikut sejarah negara ini mula-mulanya merupakan satu gabungan, kemudian menjadi persekutuan sejak tahun 1848. 1 Ogos dijadikan cuti umum yang mana bank dan pejabat pos serta juga pejabat pentadbiran awam ditutup.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.