José Sá

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
José Sá
Maklumat peribadi
Nama penuh José Pedro Malheiro de Sá[1]
Tarikh lahir (1993-01-17) 17 Januari 1993 (umur 31)[1]
Tempat lahir Braga, Portugal[2]
Ketinggian 1.92 m (6 ka 4 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Wolverhampton Wanderers
Nombor 1
Kerjaya remaja
2002–2009 Palmeiras Braga
2009–2010 Merelinense
2011 Benfica
2011–2012 Marítimo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2015 Marítimo B 74 (0)
2013–2016 Marítimo 16 (0)
2016 Porto B 16 (0)
2016–2019 Porto 15 (0)
2018–2019Olympiacos (pinjaman) 21 (0)
2019–2021 Olympiacos 62 (0)
2021– Wolverhampton Wanderers 94 (0)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Portugal B-20 14 (0)
2013–2015 Portugal B-21 16 (0)
2016 Portugal B-23 1 (0)
2023– Portugal 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:32, 1 Februari 2024 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16 November 2023

José Pedro Malheiro de Sá (sebutan dalam bahasa Portugis: [ʒuˈzɛ sa]; lahir 17 Januari 1993) ialah seorang pemain bola sepak profesional Portugis yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Perdana, Wolverhampton Wanderers dan pasukan kebangsaan Portugal.

Dia memulakan kariernya dengan Marítimo B, membuat penampilan sulungnya bersama pasukan utama pada 2013, sebelum menandatangani kontrak dengan FC Porto pada 2016. Sá telah dipinjamkan selama setahun ke kelab Liga Super Greece, Olympiacos pada 2018, dalam perjanjian yang dibuat secara kekal di akhir musim. Bersama Olympiacos, dia memenangi dua kejuaraan Liga Super Greece dan Piala Bola Sepak Greece, termasuk dua kejuaraan domestik pada 2020. Pada 2021, dia menandatangani kontrak dengan Wolverhampton Wanderers.

Sá ialah bekas pemain antarabangsa Portugal bawah 21 tahun, mara ke final Kejohanan Eropah pada 2015. Dia merupakan sebahagian daripada skuad penuh yang menduduki tempat ketiga pada Piala Konfederasi 2017 dan memenangi Liga Negara-Negara UEFA 2019 di tanah air, dan turut dipilih untuk Piala Dunia 2022. Pada tahun berikutnya, dia membuat penampilan sulung antarabangsa seniornya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "FIFA Confederations Cup Russia 2017: List of players: Portugal" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). FIFA. 20 Mac 2018. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Julai 2017. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  2. ^ "José Sá" (dalam bahasa Portugis). Mais Futebol. Dicapai pada 23 Ogos 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]