Liga Perdana Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Liga Perdana Inggeris
Premier League.svg.png
Negara England England
Wales Wales
Konfederasi UEFA
Ditubuhkan 20 Februari 1992
Jumlah pasukan 20
Disingkirkan ke The Championship
Aras Tahap 1
Piala domestik Piala FA Inggeris
FA Community Shield
Piala antarabangsa Liga Juara-Juara
Liga Europa UEFA
Juara semasa Manchester City (2013–14)
Kelab paling berjaya Manchester United (13 kejuaraan)
Laman web PremierLeague.com
Soccerball current event.svg Liga Perdana Inggeris 2013–14

Liga Perdana Inggeris, biasanya dirujuk sebagai Premiership, merupakan kejohanan liga profesional Inggeris untuk kelab bola sepak. Di puncak sistem liga bola sepak Inggeris, ia merupakan kejohanan bola sepak yang utama.

Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The Football League. Liga Perdana Inggeris merupakan suatu perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak sebagai pemegang saham. Musim berjalan dari Ogos hinga Mei, dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan.Liga ini ditaja oleh Barclays Bank, dan oleh itu secara rasminya, ia dikenali sebagai Barclays Premier League.

Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20 Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam Football League First Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran televisyen menguntungkan. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia.[1] Ia adalah liga bola sepak paling menguntungkan di dunia, dengan pendapatan semua kelab sekitar £1.4 bilion dalam 2005–06, yang dijangka akan meningkat kepada kira-kira £1.8 bilion untuk 2007–08 disebabkan oleh pendapatan media.[2] Ia juga dirank pertama dalam ranking UEFA liga-liga berdasarkan prestasi dalam kejohanan Eropah dalam lima tahun terakhir, mendahului La Liga di Sepanyol dan Serie A di Itali.[3]

Sejumlah 46 kelab pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi hanya lima pasukan pernah memenangi: Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United dan terkini, Manchester City. Juara semasa adalah Manchester City yang memenanginya selepas menumpaskan West Ham United di Stadium City of Manchester pada 11 Mei 2014.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Juara Liga Perdana Inggeris
Musim Juara
2013-14 Manchester City
2013-13 Manchester United
2011-12 Manchester City
2010-11 Manchester United
2009-10 Chelsea
2008-09 Manchester United
2007-08 Manchester United
2006-07 Manchester United
2005-06 Chelsea
2004-05 Chelsea
2003-04 Arsenal
2002-03 Manchester United
2001-02 Arsenal
2000-01 Manchester United
1999-00 Manchester United
1998-99 Manchester United
1997-98 Arsenal
1996-97 Manchester United
1995-96 Manchester United
1994-95 Blackburn Rovers
1993-94 Manchester United
1992-93 Manchester United

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Untuk topik yang lebih terperinci, lihat Sejarah Bolasepak Inggeris

Pada zaman 1980-an bola sepak Inggeris telah mencapai satu tahap yang amat rendah. Banyak stadium runtuh, para penyokong pula berhadapan dengan peralatan yang teruk, hooliganisme sangat berleluasa dan kelab-kelab Inggeris telah dilarang daripada menyertai pertandingan Eropah berikutan kejadian di Heysel dalam tahun 1985.[4] Liga Bolasepak Bahagian Pertama, yang mana telah menjadi aras bolasepak Inggeris tertinggi sejak 1888, telab berada di bealakang liga-liga asing seperti Serie A Itali dan La Liga Sepanyol dalam jumlah bilangan penonton dan keuntungan, dan banyak pemain Inggeris telah berpindah ke luar negeri.[5] Bagaimanapun, bila bermulanya 1990-an corak penurunan telah mula untuk berubah; England telah banyak berjaya dalam 1990. Mereka telah banyak berjaya dalam tahun Piala Dunia FIFA 1990 , mencapai peringkat separuh akhir, mencapai peringkat separuh akhir. UEFA, Badan pentadbir bola sepak Eropah, telah mengangkat sekatan terhadap kelab-kelab Inggeris dalam tahun 1990-an untuk bermain dalam pertandingan di Bolasepak Europah dan Laporan Taylor berkenaan dengan piawai keselamatan on stadium, yang mana dicadangkan untuk menaiktaraf kepada keseluruhan tempat duduk mahal, yang telah diterbitkan di dalam bulan Januari tahun itu.

Duit Televisyen juga menjadi lebih penting; Liga Bola sepak hanya menerima £6.3 juta bagi dua tahun dalam 1986, tetapi apabila perjanjian tersebut diperbaharui dalam tahun 1988, harganya menaik sehingga £44j selama empat tahun.[6] Perundingan 1988 merupakan tanda-tanda pertama bagi pemecahan sebuah liga; sepuluh kelab telah mengugut untuk meninggalkan liga dan membentuk "liga super" tetapi serta-merta dipujuk untuk kekal.[7] Oleh kerana stadium-stadium telah dibaikpulih dan penonton perlawanan serta keuntungan meningkat, pasukan-pasukan teratas kembali memikirkan untuk meinggalkan Liga Bola sepak untuk mengaut peningkatan masuk duit dipam ke dalam sukan itu.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Dalam akhir musim 1991, satu cadangan untuk menubuhkan satu liga baru telah dibentangkan yang mana ia boleh memberikan lebih banyak wang ke dalam permain secara keseluruhan. Perjanjian Ahli-ahli Pengasas, ditandatangani pada 17 Julai 1991 oleh kelab-kelab teratas, menubuhkan prinsip-prinsip asas bagi menubuhkan Liga Perdana FA.[8] Liga Bahagian Teratas yang baru yang mendapat kebebasan daripada Persatuan Bolasepak (FA) dan Liga Bolasepak, memberikan lesen Liga Perdana FA untuk berunding Premier League perjanjian penyiaran dan penajaan mereka sendiri. Ini dilihat perlu supaya kelab-kelab Inggeris boleh sekali lagi bertanding dengan dan mengalahkan kelab Eropah terbaik, manakala menarik minat bakat-bakat terbaik di dunia, sesuatu yang mana dalam tahun 1991 merupakan semacam tidak terfikir boleh secara praktiknya. Dalam tahun 1992 kelab-kelab Divisyen Pertama telah berhenti daripada Liga Bolasepak en masse dan pada 27 Mei 1992 Liga Perdana FA telah dibentuk sebagai sebuah syarikat syarikat sendirian berhad bekerja keluar daripada sebuah pejabat di Persatuan Bolasepak kemudiannya beribu pejabat di Lancaster Gate. Ini bermakna satu perpecahan daripada Liga Bolasepak yang berusia 104 tahun, beroperasi sehingga kemudiannya dengan empat divisyen; Liga Perdana akan beroperasi dengan satu divisyen tunggal dan Liga Bolasepak dengan tiga. Di situ tiada terdapat perubahan format dalam pertandingan; jumlah yang sama pada pasukan yang bertanding pada aras teratas, dan kenaikan dan penyingkiran di antara Liga Perdana dan Divisyen Pertama yang baru mesti sama syarat di antara Divisyen Pertama dan Kedua yang lama.



Permulaan[sunting | sunting sumber]

Liga musim pertama adalah diadakan 1992–93 dan asalnya terdiri daripada 22 buah kelab. Jaringan gol yang pertama adalah daripada Brian Deane terhadap Manchester United dalam kemenangan 2-1 untuk Sheffield United. Disebabkan oleh kekerasan FIFA, perbadanan pentadbiran bola sepak antarabangsa, bahawa liga-liga domestik mengurangkan bilangan perlawanan, bilangan kelab dikurangkan kepada 20 buah pada tahun 1995 apabila 4 pasukan diturunpangkatkan daripada liga ini manakala hanya 2 pasukan dinaikpangkatkan ke liga ini. Pada 8 Jun, 2006, FIFA meminta supaya semua liga-liga utama Eropah, agar mengurangkan kepada 18 pasukan bermula dari musim 2007/08. Liga Perdana Inggeris membalas dengan mengumumkan pemikiran mereka untuk mengingkari pengurangan ini.[9]

Struktur[sunting | sunting sumber]

Liga Perdana Inggeris dioperasikan sebagai sebuah koperasi yang dimiliki oleh 20 buah kelab-kelab ahli. Setiap kelab dikira sebagai pemegang saham dengan satu undian dalam isu seperti pengubahan peraturan dan kontrak. Kelab-kelab memilih seorang Pengerusi, Ketua Pengawai Eksekutif, dan Board of Directors untuk memantau operasi harian liga ini.[10] Persatuan Bola Sepak Inggeris tidak terlibat secara langsung dalam operasi hari ke hari untuk liga ini, tetapi mempunyai kuasa veto power sebagai pemegang saham yang istimewa semasa pengundian Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif dan semasa peraturan ditambah oleh liga ini.[11]

Liga Perdana menghantar wakil-wakil ke Forum Kelab Eropah UEFA, kelab dan bilangan kelab dipilih menurut UEFA coefficients. Forum ini bertanggungjawab memilih tiga ahli kepada Jawatankuasa Persaingan Kelab UEFA, yang terlibat dalam operasi persaingan UEFA seperti Liga Juara dan Piala UEFA.[12]

Format kejohanan dan penajaan[sunting | sunting sumber]

A Premier League match between Bolton Wanderers and Fulham.

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

20 buah kelab di Liga Perdana Inggeris masing-masing berlawan dengan setiap kelab lain dua kali, sekali di stadium sendiri dan sekali di stadium pihak lawan untuk jumlah 38 perlawanan setiap kelab. Setiap pasukan menerima 3 mata untuk kemenangan dan 1 mata untuk seri. Semua pasukan disusun kedudukan menurut jumlah mata, dan perbezaan jaringan gol untuk memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.

3 buah pasukan yang terendah pada akhir musim diturunpangkatkan kepada Kejohanan Liga Bola Sepak, manakala dua buah pasukan yang tertinggi di Kejohanan, serta pemenang perlawanan sampingan yang melibatkan pasukan yang kedudukan ke-3 hingga ke-6, sama-sama dinaikpangkatkan kepada Liga Perdana.

4 pasukan yang teratas layak untuk Liga Kejohanan UEFA: Juara dan Naib Juara memasuki fasa perkumpulanan; ke-3 dan ke-4 memasuki lingkaran perlayakan ke-3. Pasukan ke-5 dilayakkan secara automatik untuk Piala UEFA. Namun jika juara dan naib juara Piala FA Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka pasukan ke-6 memasuki Piala UEFA. Jika juara Piala Liga Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka tempatnya di Piala UEFA digantikan oleh pasukan yang seterusnya di Liga Perdana, tetapi naib juara Piala Liga tidak dapat menggantinya. Pasukan yang paling atas di kalangan pasukan-pasukan yang tidak layak untuk Piala UEFA dibenarkan menyertai Piala Intertoto UEFA.

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1993, Liga Perdana Inggeris telah ditaja. Penaja diberi kebenaran menentukan nama penajaan liga. Senarai berikut menunjukkan setiap penaja dan nama kejohanan ini:

  • 1993–2001: Carling (FA Carling Premiership)
  • 2001–2004: Barclaycard (Barclaycard Premiership)
  • 2004–2007: Barclays (Barclays Premiership)
  • 2007–kini: Barclays Premier League [13]

Kewangan[sunting | sunting sumber]

Liga Perdana berbangga dengan beberapa pemain terbaik di dunia, termasukah yang banyaknya daripada luar England. Liga PErdana merupakan liga bola sepak yang paling lumayan di dunia, dengan jumlah keuntungan kelab lebih daripada £1.3 bilion dalam musim 2004–05 merujuk kepada Deloitte, lebih daripada 40% lebih daripada pesaing terdekat, Serie A Itali .[14] Keuntungan akan naik sebahagian besarnya dalam musim 2007–08 , apabila hak penyiaran media bermula (sila lihat di bawah). Berdasarkan Mei 2006 penukaran matawang asing, £1.3 bilion bertukar menjadi keuntungan tahunan US$2.44 bilion. Angka ini adalah keempat tertinggi bagi apa-apa liga sukan di luar negara , di belakang keuntungan tahunan tiga sukan paling popular di Amerika Utara iaitu (Liga Bola Kebangsaan, Liga Besbol Major dan Pertubuhan Bola Keranjang Kebangsaan), tetapi di hadapan Liga Hoki Kebangsaan .


Liputan media[sunting | sunting sumber]

United Kingdom dan Ireland[sunting | sunting sumber]

Perlawanan pada tahun 2004 antara Manchester United dan Tottenham Hotspur.


Dunia[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab dalam musim 2008-09[sunting | sunting sumber]

Berikut 20 kelab bersaing dalam Liga Perdana Inggeris semasa musim 2008–09.

Kelab
Kedudukan
in 2007–08
Musim pertama di
divisyen atas
Jumlah musim
di divisyen atas
First season of
current spell in
top division
Kejuaraan
divisyen atas
Kejuaraan terakhir
Arsenala,b,c 3rd 1904–05 92 1919–20 13 2003–04
Aston Villaa,b,c 6th 1888–89 98 1988–89 7 1980–81
Blackburn Roversa 7th 1888–89 69 2001–02 3 1994–95
Bolton Wanderers 16th 1888–89 70 2001–02 0 n/a
Chelseaa,b,c 2nd 1907–08 74 1989–90 3 2005–06
Evertona,b,c 5th 1888–89 106 1954–55 9 1986–87
Fulhamc 17th 1949–50 20 2001–02 0 n/a
Hull Cityc 3rd; Championship 2008–09 1 2008–09 0 n/a
Liverpoola,b,c 4th 1894–95 94 1962–63 18 1989–90
Manchester Citya 9th 1899–1900 80 2002–03 2 1967–68
Manchester Uniteda,b,c 1st 1892–93 84 1975–76 17 2007–08
Middlesbrougha 13th 1902–03 60 1998–99 0 n/a
Newcastle Unitedc 12th 1898–99 79 1993–94 4 1926–27
Portsmouthc 8th 1927–28 32 2003–04 2 1949–50
Stoke Cityc 2nd; Championship 1888–89 53 2008–09 0 n/a
Sunderland 15th 1890–91 78 2007–08 6 1935–36
Tottenham Hotspura,b,c 11th 1909–10 74 1978–79 2 1960–61
West Bromwich Albion 1st; Championship 1888–89 72 2008–09 1 1919–20
West Ham United 10th 1923–24 52 2005–06 0 n/a
Wigan Athleticc 14th 2005–06 4 2005–06 0 n/a

a = Founding member of the Premier League
b = Played in every Premier League season
c = Never been relegated from Premier League

Pemain[sunting | sunting sumber]

Penjaring terbanyak[sunting | sunting sumber]

All-time top scorers in the Premier League
(Premier League goals only)
Kedudukan Pemain Gol
1 England Alan Shearer 260
2 England Andrew Cole 187
3 Perancis Thierry Henry 174
4 England Robbie Fowler[15] 161
5 England Les Ferdinand 150
6 England Teddy Sheringham 147
7 England Michael Owen[15] 139
8 Belanda Jimmy Floyd Hasselbaink 128
9 Trinidad dan Tobago Dwight Yorke[15] 123
10 England Ian Wright 113
As of 7 September 2008 (Bold denotes players still in Premier League),

(Italics denotes players still playing professional football).[16]

Pemain dalam Liga Perdana Inggeris boleh bersaing untuk pertandingan tidak rasmi seperti Goal of the Month dan Goal of the Season. Kejuaraan lain untuk disaingi pemain termasuk penjaring terbanyak dalam semusim. Bekas penyerang Blackburn Rovers and Newcastle United Alan Shearer memegang rekod penjaring gol terbanyak dengan 260. Shearer berada di kalangan sepuluh penjaring gol terbanyak dalam 10 daripada 14 musim di Liga Perdana Inggeris dan memenangi kejuaraan penjaring terbanyak untuk tiga kali. Semasa musim 1995–96 beliau menjadi pemain pertama untuk menjaringkan 100 gol Liga Perdana Inggeris.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Campbell, Dennis. "United (versus Liverpool) Nations", The Observer, 2002-01-06. Dicapai pada 2006-08-08. 
  2. "Premier League clubs’ profits are set to double". Deloitte. 2007-05-31. http://www.deloitte.com/dtt/press_release/0,1014,sid%253D2834%2526cid%253D159168,00.html. Capaian 2007-12-18. 
  3. "UEFA ranking of European leagues", UEFA, 2006. 
  4. "1985: English teams banned after Heysel", BBC. Dicapai pada 2006-08-08. 
  5. "The History of the F.A. Premier League". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-09. http://web.archive.org/web/20050309072124/http://www.premierleague.com/fapl.rac?command=forwardOnly&nextPage=enHistory&categoryCode=History. Capaian 2006-08-05. 
  6. "Fact Sheet 8: British Football on Television". University of Leicester Centre for the Sociology of Sport. http://www.le.ac.uk/sociology/css/resources/factsheets/fs8.html. Capaian August 10. 
  7. "The History Of The Football League". Football League official website. http://www.football-league.premiumtv.co.uk/page/History/0,,10794,00.html. Capaian August 10. 
  8. "In the matter of an agreement between the Football Association Premier League Limited and the Football Association Limited and the Football League Limited and their respective member clubs", HM Courts Service, 2006. Dicapai pada 2006-08-08. 
  9. "Fifa wants 18-team Premier League", BBC. Dicapai pada 2006-08-08. 
  10. "Our relationship with the clubs". Premier League. http://www.premierleague.com/fapl.rac?command=setSelectedId&nextPage=enSimpleStories&id=2861&type=com.fapl.website.stories.SimpleStories&categoryCode=Who%20We%20Are&breadcrumb=about_breadcrumb. Capaian 2006-08-08. 
  11. "The Premier League and Other Football Bodies". http://www.premierleague.com/fapl.rac?command=setSelectedId&nextPage=enSimpleStories&id=2851&type=com.fapl.website.stories.SimpleStories&categoryCode=Who%20We%20Are&breadcrumb=about_breadcrumb. Capaian 2006-08-08. 
  12. "European Club Forum". http://www.uefa.com/uefa/aboutuefa/CommittesPanels/panel=32.html. Capaian 2006-08-08. 
  13. "Barclays secures Premier League Global title sponsorship". Barclays. 2006-09-27. http://www.newsroom.barclays.co.uk/Content/Detail.asp?ReleaseID=794&NewsAreaID=2. Capaian 2007-12-02. 
  14. "First fall in Premiership wages", BBC News, 31 May 2006. Dicapai pada 2006-08-08. 
  15. 15.0 15.1 15.2 Currently active in Premier League team's squad.
  16. News of the World Football Annual 2007-2008, HarperSport, ISBN 0007255551
  17. Becky Gamester. "Super Shearer". BBC. http://www.bbc.co.uk/lancashire/sport/brfc/shearer.shtml. Capaian 2007-12-10. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]