Julaibib
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Julaibib merupakan seorang pemuda yang berasal dari kota Madinah. Sifat fizikalnya yang rendah dan tidak menarik menyebabkan beliau kurang dikenali di Madinah.
[sunting] Kehidupannya
Disebabkan keadaan fizikalnya yang kurang menarik, masyarakat Madinah kurang senang dengan keberadaan beliau di kota tersebut.
Selepas peristiwa Hijrah, baginda Rasulullah S.A.W mengangkat martabat beliau dalam hadithnya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Julaibib ini sebahagian daripada aku dan aku ini sebahagian daripada dia"
Malah, atas usaha baginda, Julaibib dinikahkan dengan seorang gadis Madinah yang baik dan solehah.
[sunting] Jasa dan Perjuangannya
Julaibib setia mengikuti baginda dalam ekspedisi peperangan. Namun beliau terkorban dan jenazahnya ditanam oleh baginda sendiri.