Julie Andrews

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Julie Andrews
JulieAndrews face.jpg
Julie Andrews pada 2003
Kelahiran Julia Elizabeth Wells
1 Oktober 1935 (79 tahun)
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pengaran
Tahun aktif 1959–kini
Pasangan Tony Walton (1959–1967)
Blake Edwards (1969–kini)

Dame Julie Andrews (lahir 1 Oktober 1935) adalah seorang pelakon, penyanyi, sekaligus pengarang yang lahir di Walton-on-Thymes, Surrey, England. Beliau terkenal dengan peranannya dalam Mary Poppins (1964) dan The Sound of Music (1955).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dari keluarga pelakon dan pemain piano, Julia Elizabeth Wells mulai menceburi dunia hiburan ketika Perang Dunia II untuk menghibur para tentera bersama dengan artis cilik lainnya, Petula Clark. Pada 1947, beliau muncul di West End, London.

Julie Andrews pernah memohon menjadi pelakon utama dalam My Fair Lady, namun peranan tersebut diberikan kepada Audrey Hepburn. Sebagai gantinya, Julie Andrews dapat peranan sebagai Mary Poppins dalam filem berjudul Dick van Dyke pada tahun yang sama. Penampilannya mendapatkan Anugerah Akademi untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Dalam Anugerah Grammy 1965, beliau dan bintang lainnya dalam Mary Poppins dianugerahi penghargaan "Album Terbaik untuk Kanak-kanak".

The Sound of Music (1965) juga melonjakkan namanya dan membuatnya dicalonkan untuk Anugerah Akademi kembali untuk peranannya sebagai Maria von Trapp. Antara tahun 1960-an hingga 1970-an, Julie Andrews menikmati kemuncak kejayaan kerjayanya namun pada 1980-an hingga 1990-an, kerjayanya agak menurun.

Pada tahun 2000, Julie dianugerahi gelaran Dame oleh kerajaan Inggeris sehingga namanya adalah Dame Julie Andrews. Pada 2001, kerjayanya kembali melonjak setelah membintangi The Princess Diaries dan The Princess Diaries 2: Royal Engagement (2004). Beliau juga berlakon dalam dua filem Eloise at The Plaza. Beliau juga cepat pulih setelah pembedahan kerongkong.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

2010[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2010, untuk kali kedua berturut-turut,[1] Andrews merupakan pengacara rasmi USA pada konsert Hari Tahun Baru Vienna.[2] Andrews turut memegang peranan pelakon pembantu dalam filem Tooth Fairy, yang mendapat ulasan kurang baik[3] sungguhpun berjaya bagi penerimaan box office.[4] Semasa promosi bagi filem itu dia turut menyentuh mengenai Operation USA dan kempen bantuan kepada malapetaka Haiti.[5]

Pada 8 May 2010, Andrews kembali ke London selepas 21 tahun hilang (persembahan terakhirnya adalah di konsert Krismas pada Dewan Perayaan Diraja pada 1989). Persembahan itu menerima sambutan hangat dari 20,000 peminatnya yang hadir dan memberikan tepukan gemuruh,[6] did not convince the critics.[7]

Pada 18 May 2010, buku Andrews yang ke-23 (yang ini ditulis bersama dengan anak perempuannya Emma) diterbitkan. Pada 28 May 2010 buku berjudul The Very Fairy Princess, mencapai nombor 5 pada Senarai Jualan Trbaik bagi Buku Kanak-kanak di New York Times[8]

Pada 21 May 2010, filemnya Shrek Forever After dibebaskan, di mana Andrews kembali sebagai peranan Ratu.[9]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]