Junaidi Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Junaidi Abdul Hamid seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang,Malaysia. Beliau aktif dalam politik tempatan.

Politik wang[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Januari 2009, Junaidi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Bahagian Raub. Ini merupakan kes pertama melibatkan "politik wang" sejak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibentangkan sebelum Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri pada Mac 2009.

Mengikut kertas pertuduhan ,Junaidi Abdul Hamid didakwa memberi rasuah / suapan berbentuk wang tunai RM200.00 kepada dua ahli Umno - Noranizah Abd Hamid dan Adnan Samad - sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid sebagai ketua Umno bahagian Raub dan Datuk Abdullah Bakar sebagai timbalan ketua Umno bahagian Raub. Lokasinya di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, pada jam 8 malam, 13 September 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Josendra Abu Senin mencadangkan ikat jamin RM20,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan memohon agar pasport antarabangsa ditahan oleh mahkamah. Tetapi peguambela Mohd Harris Abdullah berpendapat jumlah itu tidak sepadan dan minta dikurangkan. Junaidi merupakan guru penolong kanan sekolah rendah dan tidak mungkin melarikan diri ke luar negara.Hakim Rosbiahanin Arifin mengurangkan kepada RM10,000 dan menetapkan 23 Mac 2009 untuk sebutan semula kes. RM10,000 berjaya dibayar oleh rakan tertuduh.[1]