Junainah M. Amin
| Junainah M. Amin | |
Kulit album Junainah |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Junainah |
| Asal | |
| Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
| Tahun aktif | 1970-an |
| Label | EMI Parlophone |
Junainah M. Amin ataupun dikenali sebagai Junainah merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon pujaan ramai sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.
Isi kandungan |
[sunting] Kerjaya
Junainah mulai aktif menyanyi sejak di zaman persekolahan, pada tahun 1969 beliau pernah menjuarai pertandingan menyanyi yang diadakan di tempat asalnya Singapura. Daripada pertandingan itu bakatnya disedari oleh komposer Kassim Masdor yang membawanya ke syarikat EMI Singapura.[1]
Ketika bersama EMI beliau pernah menghasilkan dua album LP dan lima EP namun dia tidak berpeluang menyanyikan lagu ciptaan baru sebaliknya merakam lagu saduran daripada lagu Inggeris kemudian diberi lirik Melayu dan juga beberapa lagu baru. Lantaran itulah Junainah tidak berminat untuk terus bersama EMI apabila kontraknya tamat pada 1977. Pada masa itu Kassim Masdor juga telah berundur dari EMI apabila menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Senada Record.
Selepas itu Junainah menyepi seketika. Junainah juga terlibat dalam menyanyikan beberapa buah lagu dalam filem Pendekar. Dalam filem itu dia meminjamkan suaranya untuk dialog bagi watak yang dipegang oleh Teh Faridah.
Album pertamanya di bawah terbitan Ahmad Nawab memuatkan beberapa buah lagu daripada filem Pendekar dan lagu-lagu baru ciptaan Ahmad Nawab. Album tersebut sangat menarik baginya kerana dia menyanyikan lagu-lagu ciptaan baru keseluruhannya dan juga memuatkan pelbagai konsep.
Album pertamanya di bawah terbitan Ahmad Nawab memuatkan beberapa buah lagu daripada filem Pendekar dan lagu-lagu baru ciptaan Ahmad Nawab. Album tersebut sangat menarik baginya kerana dia menyanyikan lagu-lagu ciptaan baru keseluruhannya dan juga memuatkan pelbagai konsep.
Sepanjang penglibatannya Junainah juga pernah muncul dalam filem komedi Keluarga Si Comat arahan Aziz Sattar dan juga Bintang Undangan di dalam filem Hapuslah Airmatamu arahan Deddy M. Borhan[2].
Pada masa kini, beliau menetap di Johor Bharu.
[sunting] Diskografi
[sunting] EP
- Junainah (album) (1973)
- Air Mata Semalam (1973)
- Ikut Ku Menyanyi (1974)
- Ratu Duniamu (1974)
- Senyumlah (1975)
- Ku Sayang Pada Mu (1975)
- Lagu Mu Untok Ku (1975)
[sunting] Pelbagai
- Selamat Hari Raya Aidilfitri (1973)
- Rasa Sayang Eh (1974)
[sunting] Lain-Lain
[sunting] Runut Bunyi
- Hapuslah Air Matamu (1976)
- Pendekar (1977)
- Kisah Seorang Biduan (1979)
[sunting] Lagu-Lagu
[sunting] Lagu Popular
- "Nenek - Nenek"
- "Ku Sayang Padamu"
- "Kau Yang Di sayang"
[sunting] Lagu Raya
- "Suasana Riang (Di Hari Raya)
[sunting] Filemografi
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul | Peranan | Nota |
| 1975 | Keluarga Si Comat
|
Watak Utama |
|
| 1976 | Hapuslah Airmatamu
|
Penampilan Istimewa |
|
[sunting] Rujukan
- ↑ http://miraks.multiply.com/journal/item/317/JUNAINAH_-_CUTE_DAN_MANJA
- ↑ Junainah dilarang menyanyi di kelab Utusan Malaysia Online
[sunting] Pautan Luar
- Junainah di 7digital
- Senarai album Junainah