Junainah M. Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Junainah M. Amin

Kulit album Junainah
Latar belakang
Nama lahir Junainah
Berasal dari Singapura Singapura
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Tahun aktif 1970-an
Label EMI Parlophone

Junainah M. Amin ataupun dikenali sebagai Junainah merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon pujaan ramai sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Junainah mula aktif menyanyi sejak di zaman persekolahan iaitu pada tahun 1969. Beliau juga pernah menjuarai pertandingan menyanyi yang diadakan di tempat kelahirannya di Singapura. Hasil daripada pertandingan itu, bakatnya telah disedari oleh komposer, Kassim Masdor yang membawanya ke syarikat EMI Singapura.[1]

Ketika bersama EMI, beliau pernah menghasilkan dua album LP dan lima EP. Namun, dia tidak berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan yang baru tetapi sebaliknya hanya merakam lagu-lagu saduran daripada lagu bahasa Inggeris yang kemudiannya diberi lirik yang berbahasa Melayu dan juga beberapa lagu baru yang lain. Lantaran itu, Junainah tidak berminat untuk terus bersama EMI apabila kontraknya tamat pada tahun 1977. Pada masa itu, Kassim Masdor juga telah berundur daripada EMI apabila menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu “Senada Record”.

Selepas itu, Junainah menyepi seketika. Junainah juga terlibat dalam menyanyikan beberapa buah lagu di dalam filem Pendekar. Di dalam filem itu, dia telah meminjamkan suaranya untuk dialog bagi watak yang dipegang oleh Teh Faridah.

Album pertamanya adalah di bawah terbitan Ahmad Nawab yang pada akhirnya telah memuatkan beberapa buah lagu daripada filem Pendekar dan lagu-lagu baru ciptaan Ahmad Nawab. Album tersebut sangat menarik baginya kerana dia menyanyikan lagu-lagu ciptaan baru secara keseluruhannya dan juga memuatkan pelbagai konsep.

Sepanjang penglibatannya, Junainah juga pernah muncul di dalam filem komedi Keluarga Si Comat arahan Aziz Sattar dan juga sebagai “Bintang Undangan” di dalam filem Hapuslah Air Matamu arahan Deddy M. Borhan.[2] Pada masa kini, beliau menetap di Johor Bahru.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album EP[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Album Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Album Lain[sunting | sunting sumber]

Lagu-Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu Popular[sunting | sunting sumber]

  • "Nenek - Nenek"
  • "Ku Sayang Padamu"
  • "Kau Yang Di sayang"

Lagu Raya[sunting | sunting sumber]

  • "Suasana Riang (Di Hari Raya)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul Peranan
1975 Keluarga Si Comat Watak Utama
1976 Hapuslah Air Matamu Penampilan Istimewa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://miraks.multiply.com/journal/item/317/JUNAINAH_-_CUTE_DAN_MANJA
  2. Junainah dilarang menyanyi di kelab Utusan Malaysia Online

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]