Jutland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta yang menunjukkan Jutland.

Jutland (Bahasa Denmark: Jylland, Bahasa Jerman: Jütland) ialah bahagian kebenuaan, di sebelah barat Denmark yang juga merupakan salah satu daripada tiga kawasan bersejarah yang membentuk Tanah Denmark. Kawasan ini membahagikan Laut Utara daripada Kattegat dan Laut Baltik. Semenanjung Jutland, atau nama lainnya Semenanjung Cimbri, turut mengandungi bahagian paling utara negara Jerman.