KRI Silas Papare

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KRI Silas Papare 386.

KRI Silas Papare (386) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda korvet yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia.

Kapal peronda korvet KRI Silas Papare (386) milik Indonesia merupakan kapal peronda korvet jenerasi moden kelas Type 133.1 yang terbaru menyertai tentera laut Indonesia. Kapal peronda KRI Silas Papare memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan sebagai kapal anti-kapal selam.

Kapal peronda korvet ini dibina 1984 oleh VEB Peenwerft, Wolgast, Jerman Timur, yang digunakan seketika oleh tentera laut Jerman Barat sebelum diambil alih oleh tentera laut indonesia pada tahun 1996. Ia dibina khusus sebagai kapal anti-kapal selam tetapi boleh berperanan untuk tujuan meronda. Ia boleh dikendalikan oleh 20 hingga 59 orang kaki-tangan.

Kapal lain dalam kelas yang sama termasuk KRI Kapitan Patimura, KRI Unting Suropati, KRI Nuku, KRI Lambung Mangkurat, KRI Tjut Nya Dhien, KRI Sultan Thaha Syaifuddin, KRI Sutanto, KRI Sutedi Senpoputra, KRI Wiratno, KRI Memet Sastrawiria, KRI Tjiptadi, KRI Hasan Basri, KRI Iman Bonjol, KRI Pati Unus, KRI Teuku Umar, dan KRI Silas Papare. Kesemuanya berupaya berperanan bagi pertempuran dibawah permukaan laut "anti-submarine warfare".

KRI Silas Papare bersaiz 75.2meter x 9.78meter x 2.65 meter/ (246.7 x 32.1 x 8.7 kaki). Berat penuh berisi sekitar 900 tan.

Torpedo[sunting | sunting sumber]

KRI Silas Papare dilengkapi dengan empat tiub pelancar torpedo 15.7 inci.

Peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

Sistem pertahanan udara adalah dua pelancar peluru berpandu SA-N-5, peluru berpandu darat-ke-udara yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan 2 RBU-6000 bagi peranan anti-kapal selam (ASW RL) dan juga mempunyai 2 para (Deep Charge).

Meriam[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Silas Papare yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam berkembar 57mm/70 caliber DP. Kapal peronda ini juga dilengkapi dengan satu mesingan 30 mm berkembar pelbagai guna.

Penangkis countermeasures[sunting | sunting sumber]

Pelancar umpan PK-16 decol RL yang dilancarkan dalam mod ganggu "distraction" atau menawan "seduction" bagi mengaburi peluru berpandu musuh. Selain itu ia turut mempunyai sistem pemintas Watch Dog intercept.

Radar penerima amaran kapal ini adalah MR-302/Strut Curve bagi carian permukaan dan udara yang bersepadu dengan sistem tembakan MR-123 Vympel/Muff Cob.

Pengesan[sunting | sunting sumber]

KRI Silas Papare memiliki radar pengesan permukaan dan kawalan tembakan MR-302/Strut Curve. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode" dan meninjau "scanning".

Kapal anti-kapal selam (ASW) ini juga dilengkapi dengan sonar aktif berfrekuensi serdahana di badan kapal jenis MG-322T.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Kapal peronda ini mempunyai tiga enjin disel yang disambung kepada tiga gandar bagi menghasilkan kuasa sebesar 14,250 bhp, dengan kelajuan beroperasi 24 batu nautikal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]