Kadar pertukaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senarai kadar pertukaran mata wang antarabangsa

Dalam bidang kewangan, kadar pertukaran (juga dipanggil kadar pertukaran asing, kadar forex atau kadar FX) antara dua mata wang menentukan berapa nilai satu mata wang dari segi satu mata wang yang lain. Contohnya, kadar pertukaran 102 yen Jepun (JPY, ¥) ke dolar Amerika Syarikat (USD, $) bermaksud JPY 102 sama nilainya dengan USD 1. Pasaran pertukaran asing ialah salah sebuah pasaran terbesar di dunia. Mengikut sesetengah anggaran, kira-kira mata wang bernilai 2 trilion USD bertukar tangan setiap hari.

Kadar pertukaran lani ialah kadar pertukaran semasa. Kadar pertukaran hadapan ialah kadar pertukaran yang disebut harga dan didagangkan hari ini tetapi kiriman dan bayaran dilakukan pada tarikh akan datang yang ditentukan.

Sebut harga[sunting | sunting sumber]

Sebut harga kadar pertukaran diberi dengan menyatakan bilangan unit "mata wang sebutan" (term currency) atau "mata wang harga" (price currency) yang boleh dibeli dari segi 1 "mata wang unit" (juga dipanggil "mata wang asas"/base currency). Contohnya, dalam sebut harga yang menyatakan kadar pertukaran EURUSD ialah 1.3 (1.3 USD per EUR), mata wang sebutan ialah USD sementara mata wang asas ialah EUR.

Adanya satu kelaziman pasaran yang menentukan yang mana mata ialah wang asas atau mata wang sebutan. Di kebanyakan tempat di dunia, susunannya ialah:

EUR - GBP - AUD - USD - *** (*** adalah mana-mana matawang lain)


Oleh itu, jika anda sedang menukar dari EUR ke AUD, EUR ialah mata wang asas, sementara AUD ialah mata wang sebutan dan kadar pertukaran itu memaklumkan anda berapa banyak dolar Australia yang anda akan bayar atau terima untuk 1 euro.

Di sesetengah kawasan di Eropah dan dalam pasaran bukan profesional di UK, EUR dan GBP disongsangkan afar GBP disebut sebagai matawang asas kepada euro. Untuk menentukan yang mana ialah mata wang asas di mana kedua-dua mata wang tidak tersenarai (i.e. kedua-duanya ***), kelaziman pasaran adalah menggunakan mata wang asas yang memberi kadar pertukaran yang melebihi 1.000. Ini mengelakkan masalah pembundaran dan kadar pertukaran disebut harga melebihi 4 tempat perpuluhan. Terdapat beberapa pengecualian pada peraturan ini, misalnya pihak Jepun selalu menyebut harga mata wang mereka sebagai asas mata wang lain.

Sebut harga yang menggunakan mata wang tempatan sebagai mata wang harga (cth., EUR 1.00 = $1.45 di AS) dikenali sebagai "sebut harga langsung" (direct quotation) atau "sebut harga harga" (price quotation) (dari sudut pandangan negara itu) ([1]) dan digunakan oleh kebanyakan negara.

Sebut harga yang menggunakan mata wang tempatan sebagai mata wang unit (cth., £0.4762 = $1.00 di AS) dikenali sebagai "sebut harga tidak langsung" (indirect quotation) atau "sebut harga kuantiti" (quantity quotation) dan digunakan dalam akhbar British serta juga sering didapati di Australia, New Zealand dan kawasan euro.

  • Sebut harga langsung: 1 unit mata wang asing = x unit mata wang tempatan
  • Sebut harga tidak langsung: 1 unit mata wang tempatan = x unit mata wang asing

Diingatkan bahawa, dengan menggunakan sebut harga langsung, jika mata wang tempatan semakin kukuh (iaitu, naik nilai, atau menjadi lebih bernilai) maka bilangan kadar pertukaran turun. Sebaliknya jika mata wang asing makin kukuh pula, maka bilang kadar pertukaran naik sementara nilai mata wang tempatan menyusut nilai.

Apabila melihat pasangan mata wang seperti EURUSD, komponen pertama (EUR di sini) merupakan mata wang asas. Komponen kedua pula ialah mata wang sebutan. Contohnya: EURUSD = 1.33866, iaitu EUR ialah asas dan USD ialah sebutan, maka 1 EUR = 1.33866 USD.

Pasangan mata wang selalunya salah disebut dengan satu "/" (forward slash). Sebetulnya jika "slash" disertakan, ketertiban mata wang ini seharusnya diterbalikkan. Ini memberikan kadar tukaran. Contoh: Jika EUR1 bernilai USD1.35, euro adalah mata wang asas dan dolar adalah mata wang sebutan supaya kadar tukaran disebut sebagai EURUSD atau USD/EUR. Untuk mendapatkan kadar tukaran membahagikan nilai USD oleh nilai euro amount contoh: 1.35/1.00 = 1.35

Pasaran resam dari awal 1980 hingga 2006 adalah kebanyakan pasangan mata wang disebut hingga ke 4 titik perpuluhan bagi transaksi serta merta dan hingga 6 titik perpuluhan untuk tunai hadapan atau pertukaran. (Tempat titik perpuluhan keempat adalah biasanya dirujuk sebagai satu "pip.") Satu pengecualian untuk ini adalah kadar tukaran dengan satu nilai yang kurang daripada 1.000 biasa disebut kepada 5 hingga 6 titik perpuluhan. Walaupun di situ tidak terdapat peraturan yang tetap, kadar tukaran dengan satu nilai yang lebih besar daripada 20 biasa disebut hinga 3 titik perpuluhan dan mata wang dengan nilai yang lebih besar daripada 80 disebut hingga ke 2 tempat perpuluhan. Mata wang lebih daripada 5000 biasanya disebut dengan tiada titik perpuluhan (contoh: Turkish Lira yang lama).

e.g. (GBPOMR : 0.765432 - EURUSD : 1.3386 - GBPBEF : 58.234 - EURJPY : 165.29). In other words, quotes are given with 5 digits. Where rates are below 1, quotes frequently include 5 decimal places.

In 2006 Barclays Capital broke with convention by offering spot exchange rates with 5 or 6 decimal places. The contraction of spreads (the difference between the bid and offer rates) arguably necessitated finer pricing and gave the banks the ability to try and win transaction on multibank trading platforms where all banks may otherwise have been quoting the same price. A number of other banks have now followed this.

Bebas atau tetap[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rejim kadar pertukaran

Jika sesuatu mata wang terapung bebas, maka kadar pertukarannya boleh berubah-ubah berbanding kadar mata wang lain dan ditentukan oleh kuasa pasaran penawaran dan permintaan. Kadar pertukaran untuk mata wang sedemikian mungkin sekali berubah secara berterusan seperti yang disebut di pasaran kewangan, terutamanya oleh bank, di seluruh dunia. Sistem kadar tetap yang boleh dilaraskan ialah satu sistem kadar pertukaran tetap, tetapi disertakan peruntukan untuk penurunan nilai sesuatu mata wang. Contohnya, antara tahun 1994 dan 2005, renminbi yuan China (RMB) ditetapkan pada dolar Amerika Syarikat pada RMB 8.2768 ke $1. China bukan satu-satunya negara yang melakukannya; sejak berakhirnya Perang Dunia II hingga tahun 1966, semua negara-negara Eropah Barat mengekalkan kadar pertukaran tetap dengan dolar AS berdasarkan sistem Bretton Woods. [2]

Kadar pertukaran nominal dan sebenar[sunting | sunting sumber]

  • Kadar pertukaran nominal e ialah harga seunit mata wang asing dalam mata wang tempatan.
  • Kadar pertukaran sebenar ('real' exchange rate, RER) ditakrifkan sebagai RER = e \left(\frac{P^*}{P} \right), yang mana P ialah takat harga tempatan dan P^* takat harga asing. P dan P^* mesti mempunyai nilai sebarangan yang sama pada suatu tahun asas yang terpilih. Maka pada tahun asas, RER = e.

RER ini ideal teori sahaja. Secara amali, terdapat banyak mata wang asing dan nilai takat harga untuk diambil kira. Pada masa yang sama, perhitungan model semakin rumit pula. Lebihan pula, model ini berdasarkan pariti kuasa beli yang menandakan RER yang malar. Penentuan empirik nilai RER malar tidak boleh dicapai walau apa cara pun, kerana mengalami batasan ketika mengumpul data. Pariti kuasa beli boleh menandakan bahawa RER ialah kadar di mana sesebuah pertubuhan boleh memperdagang barang dan perkhidmatan sebuah ekonomi (cth. negara) untuk barang dan perkhidmatan sebuah ekonomi lain. Contohnya, jika harga sebuah barang naik 10% di UK, dan secara serentak mata wang Jepun naik 10% berbanding mata wang UK, maka harga barangan itu adalah kekal bagi seseorang di Jepun. Apapun, penduduk UK masih terpaksa berhadapan dengan kenaikan 10% dalam harga tempatan. Juga diingatkan bahawa tarif yang dikenakan kerajaan boleh menjejaskan kadar pertukaran sebenar, iaitu membantu mengurangkan tekanan harga. Pariti kuasa beli kelihatan tepat dalam jangka masa panjang sahaja (3–5 tahun) apabila harga akhirnya dibetulkan ke arah kesetaraan.

Pendekatan terkini dalam memodelkan RER menggunakan satu set pembolehubah ekonomi, seperti produktiviti relatif dan pembezaan kadar faedah sebenar.

N R_i = (R R_i + 1)(Inflasi \ jangkaan + 1) - 1

Naik turun kadar pertukaran[sunting | sunting sumber]

Kadar pertukaran berasaskan pasaran akan berubah apabila nilai salah satu daripada dua mata wang komponen berubah. Satu matawang akan cenderung ke lebih nilai apabila permintaan untuknya melebihi penawaran yang sedia ada. Matawang itu akan menjadi kurang bernilai apabila permintaan kurang daripada penawaran yang ada (ini tidak bermaksud orang tidak lagi hendakkan wang, sebaliknya cuma bererti bahawa mereka lebih rela memegang kekayaan mereka dalam suatu bentuk lain, barangkali matawang lain).

Peningkatan permintaan untuk satu mata wang adalah disebabkan sama ada peningkatan permintaan urus niaga untuk wang, atau peningkatan permintaan spekulatif untuk wang. Permintaan urus niaga untuk wang amat berhubung kait dengan tahap kegiatan perniagaan negara, keluaran dalam negara kasar (KDNK), dan tahap guna tenaga. Makin ramai yang menganggur, maka makin kurang perbelanjaan barang dan perkhidmatan oleh orang awam secara keseluruhannya. Bank pusat biasanya kurang menghadapi kesulitan dalam menyesuaikan penawaran wang sedia ada untuk menampung perubahan dalam permintaan untuk wang hasil urus niaga.

Permintaan spekulatif untuk wang lebih sukar untuk ditampungi bank pusat, namun bank pusat berusaha dengan menyesuaikan kadar faedah. Seseorang pelabur boleh memilih untuk membeli satu matawang jika pulangannya (iaitu kadar faedah) cukup tinggi. Makin tinggi kadar faedah sesebuah negara, maka makin besarlah permintaan untuk mata wangnya. Pernah dihujahkan bahawa spekulasi mata wang boleh menghakis pertumbuhan ekonomi sebenar, khususnya kerana spekulator mata wang besar boleh sengaja mengenakan tekanan menurun terhadap suatu mata wang agar memaksa bank pusat menjual mata wangnya untuk menstabilkannya (apabila ini berlaku, spekulator ini boleh membeli mata wang itu balik dari bank pada harga yang lebih rendah, mengukuhkan kedudukan mereka, dan dengan ini mengaut untung).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]