KakaoPage

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KakaoPage
Maklumat umum
URLpage.kakao.com
kakaocorp.com/service/KakaoPage
JenisTapak web Edit the value on Wikidata
Tersedia dalamKorea
Ditubuhkan2013 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikKakao
PengasasKakao Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

KakaoPage ialah platform kandungan pengewangan yang diperuntukkan bagi peranti mudah alih, yang dilancarkan oleh Kakao Corp.[1][2] Perkhidmatan ini dilancarkan pada 9 April 2013 sebagai pasaran kandungan digital yang membenarkan pelbagai jenama dan orang untuk mencipta dan mengedarkan kandungan visual, audio dan tulis seperti manhwa dan karya cereka.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sehingga pertengahan 2013, KakaoPage dianggap sebagai kegagalan. Namun, setelah menambahkan Legendary Moonlight Sculptor dan beberapa karya popular lain, perkhidmatan ini bangkit semula. Pada 21 April 2014, mereka memulakan perkhidmatan tontonan web dan karya cereka web mereka. Pada tahun 2014, mereka mengumumkan bahawa mereka akan menambah 100 tontonan web berbeza sebelum akhir tahun.[3]

Setiap orang dapat mencipta kandungan dan memuat naiknya ke KakaoPage dan dapat menjual karya tersebut secara langsung kepada pengguna lain di platform ini. Jumlah pendapatan dari segala penjualan dibahagi menjadi 30% untuk Google Play, 20% untuk Kakao dan 50% bakinya untuk penerbit kandungan.[4]

Sehingga September 2019, KakaoPage memiliki jumlah kandungan lebih dari 66.000 dan 22 juta anggota secara kumulatif.[5]

Pelaburan[sunting | sunting sumber]

KakaoPage memiliki 19,8 peratus saham di Haksan Publishing, 22,2 peratus di Seoul Media Comics dan 19,8 peratus di Daewon C.I.. Semua syarikat itu ialah penerbit komik.[6] Mereka juga memiliki 21,9 peratus saham di Mega Monster, sebuah syarikat penerbitan drama yang merupakan anak syarikat Kakao M.[7]

Pada tahun 2018, KakaoPage memperolehi Neobazar, syarikat platform tontonan web Indonesia, bernilai 13,8 bilion won.[8]

Di dalam media[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, pelakon Park Bo-gum menjadi duta jenama KakaoPage yang pertama. Sejak itu, beliau telah muncul dalam pelbagai iklan media cetak, digital dan visual untuk KakaoPage.[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tebay, Andy (13 Februari 2013). "Kakao Launches Mobile Content Service". The Next Web (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Disember 2016.
  2. ^ Hye-hyun, Nam (21 April 2014). 카카오 웹툰 시작…연내 신작 100편 공개. ZDNet Korea (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 6 Mei 2020.
  3. ^ 카카오 웹툰 시작…연내 신작 100편 공개 원문보기. ZDNet Korea. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  4. ^ "Connecting Asia's startup ecosystem". Tech in Asia. Dicapai pada 10 Februari 2017.
  5. ^ 카카오페이지, 일 거래액 10억 원 돌파. 'Startup's Story Platform (dalam bahasa Korea). 18 September 2019. Dicapai pada 20 April 2020.
  6. ^ "Kakao Page invests W40b in 3 comic publishers". The Investor. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  7. ^ "Full list of stakeholders in MEGA MONSTER Corp". FSS. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  8. ^ "KakaoPage acquires Indonesian top webtoon platform Neobazar". Pulse. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  9. ^ 카카오페이지 대세 박보검 통해 대세 플랫폼 알린다!. IT Chosun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-15. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  10. ^ 박보검, 카카오페이지 공식 모델 발탁. Gametoc. Dicapai pada 6 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]