Kamariah Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kamariah Noor
Latar belakang
Asal Bendera Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Alat muzik Vokal
Tahun aktif 1960-an

Allahyarham Kamariah Noor atau juga di kenali sebagai Kamariah Dolmat, merupakan seorang penyanyi Melayu Asli, era 40-an hingga 50-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Allahyarham Kamariah Noor merupakan adik kepada Allahyarham Hamzah Dolmat ini juga banyak menyanyikan lagu dalam pelbagai rentak antaranya baion, hindustani, joget, kaparinyo, masri dan samba.

Salah sebuah lagu berirama kaparinyo nyanyiannya bertajuk Bulan Bintang, dengan berpasangan dengan Ismail. Namun demikian pasangan asal untuk filem "Tujuan" keluaran Persari Film itu ialah Mustapha Osman.

Sungguhpun Kamariah Noor memulakan karier sebagai penyanyi sekitar tahun lewat 40-an. Tetapi beliau lebih popular pada sekitar tahun 1950-an. beliau mempunyai suara yang boleh di katakan agak unik. Antara lagu-lagu nyanyian Kamariah Noor yang popular :

  • Kemana Kau Pergi
  • Anak Dagang
  • Perigi Biru
  • Buaiku Laju

Biduanita Kamariah Noor banyak menyumbangkan suaranya di dalam filem-filem melayu klasik terutamanya keluaran Cathay Keris. Seniwati yang banyak meminjam suara beliau adalah Latifah Omar.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan