Latifah Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Latifah Omar
Latifah Omar.jpg
Latifah Omar
Kelahiran Fatimah Omar
26 . 3 . 1939
Kampung Baru kuala Lumpur
Meninggal dunia 9 Jun 2013 (umur 74)
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Sebab kematian Barah usus
Perkuburan Tanah Perkuburan Islam AU4,Lembah Keramat, Ulu Kelang
Warganegara  Malaysia
Nama lain Latifah Omar
Pekerjaan Pelakon
Agama Islam
Anak 4 anak

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Latifah Omar dilahirkan di Kampung Baru Kuala Lumpur . Beliau dilahirkan pada 26 mac 1939. Nama sebenar Latifah ialah Fatimah Binti Omar .Beliau mengunakan nama samaranya Latifah selepas beliau berhijrah ke Singapura bersama ibunya . Ibunya dan neneknya berasal dari Singapura.Beliau merupakan seniwati filem Melayu hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, ketika berusia 16 tahun, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik Singapura. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE.


Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Allahyarham telah dilamar oleh pengarah S. Ramanatahan bagi membintangi filem Panggilan Pulau yang ditayangkan pada tahun 1954. Filem Panggilan Pulau (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar. Pada masa itu beliau baru sahaja berusia 16 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Yusof Latif, A. Rahim, Saleh Kamil, S. Shamsudin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S. Kandarisman , Ibrahim Pendek dan kemunculan pertama di layar perak .

Pada tahun yang sama juga, Allahyarham telah berpeluang untuk bergandingan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem Merana (November 1954), terbitan Malay Film Production. Itu merupakan kali pertama dan terakhir mereka bergandingan di layar perak, sebelum Latifah kemudian berhijrah dari Malay Film Production ke syarikat perfileman Cathay Keris.[1]

Ketika bersama Cathay Keris, populariti Allahyarham meningkat apabila beliau berlakon dalam banyak filem genre bangsawan bersama Allahyarham Nordin Ahmad. Beliau sempat membintangi 26 buah filem dengan Cathay Keris, yang mana 12 daripadanya merupakan gandingan bersama Nordin Ahmad. Beliau sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad antaranya seperti dalam filem Gurindam Jiwa, filem Lanchang Kuning dan filem Cucu Datuk Merah

Selain Nordin Ahmad, Latifah juga pernah digandingkan dengan ramai pelakon lelaki ternama seperti Allahyarham Roomai Noor (Sumpitan Racun), Yusof Latiff (Jalak Lenteng) dan Tony Kassim (Rumah Itu Duniaku). Dalam filem Bawang Putih Bawang Merah lakonannya bersama Datuk Mustapha Maarof, Allahyarham memegang watak sebagai Merah, anak tiri yang teraniaya.


Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Arwahyarham pernah menjadi Ibu tiri kepada Arwahyarham Seniwati Rahmah Rahmat apabila Bapa Rahmah iaitu Rahmat Ali Seorang peniup trompet profesional menikahi Arwah Latifah Omar pada tahun 1957. Jarak umur di antara Latifah dan Rahmat terlalu jauh iaitu 18 tahun .Beza umur antara Latifah dan Rahmah tidaklah begitu jauh. Walau bagaimanapun,Perkahwinan di antara Latifah dan Rahmat Ali tidak berpanjangan dan berakhir dengan penceraian . Beliau juga pernah berkahwin sebanyak 3 kali tetapi kesemua perkahwinan arwahyarhamah berakhir dengan penceraian .

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013 kira-kira pukul 6.19 petang Waktu Piawai Malaysia pada usia 74 tahun, di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu sebelumnya akibat kanser usus. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3 Lembah Keramat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4,Lembah Keramat,Ulu Kelang pada 11.20 pagi. [2] Allahyarham meninggalkan empat orang anak dan sembilan orang cucu.


Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Panggilan Pulau (Julai 1954)
  2. Merana - (November 1954)
  3. Menyerah - (1955)
  4. Serangan orang Minyak - (1958)
  5. Selendang Delima - (1958)
  6. Bawang Putih Bawang Merah - (1959)
  7. Raden Mas - (1959 )
  8. Che Mamat Parang Tumpul - (1960)
  9. Filem Hati Batu - (1973 )
  10. Filem Putus Sudah Kasih Sayang - (1971 )
  11. Filem Gurindam Jiwa - (1966 )
  12. Filem Naga Tasik Chini - (1966 )
  13. Filem Cinta Kasih Sayang - (1965 )
  14. Filem Ikan Emas - (1965 )
  15. Filem Kalung Kenangan - (1964 )
  16. Filem Wan Perkasa - (1964 )
  17. Filem Rumah Itu Dunia Aku - (1963 )
  18. Filem Cucu Datuk Merah - (1963 )
  19. Filem Chelorong Cheloreng - (1962 )
  20. Filem Laila Majnun (1962) - (1962 )
  21. Filem Lancang Kuning - (1962 )
  22. Filem Sumpitan Racun - (1961 )
  23. Filem Hang Jebat - (1961)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]