Kamaruddin Mape

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kamaruddin Mape ialah seorang penyampai berita lelaki Malaysia yang berasal dari Tawau, Sabah. Beliau merupakan seorang penyampai berita di dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3, selalunya sebagai penyampai utama berita. Beliau merupakan bekas pelajar [[SMK Kuhara], Tawau, Sabah dan belajar disana sehingga Tingkatan 5 . Beliau menyambung pembelajaran untuk Tingkatan 6 dalam aliran Perakauanan di SMK Sandakan atau lebih dikenali dengan SMK Taman Fajar pada masa kini yang terletak di Sandakan,Sabah.[perlu rujukan] Beliau memulakan kerjaya di TV3 pada tahun 1997 dan merupakan satu satunya orang Sabah yang berjaya menjadi pembaca berita di TV3, bermula sebagai pelatih praktikal di sana pada tahun 1994.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Karim, Haryati (31 Januari 2013). "Menggalas imej syarikat". KOSMO!. Diperoleh pada 19 Disember 2013.