Kampung Kubu Gajah Dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Kubu Gajah Dalam ialah sebuah perkampungan yang terletak di Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Negeri Selangor Darul Ehsan. Kampung ini dibuka pada sekitar tahun 1930-an dengan penduduk yang berasal dari kawasan Ijok, Batang Berjuntai, dan Kuala Selangor.

Kampung Kubu Gajah Dalam adalah berbeza dengan Kampung Kubu Gajah Luar yang terletak berdekatan Jalan Kuala Selangor.

Kampung Kubu Gajah Dalam dan Kampung Kubu Gajah Luar dipisahkan oleh salah satu sungai besar di Selangor iaitu Sungai Buloh (451.96km), yang bermuara di Selat Melaka.

Selain Kampung Kubu Gajah Luar, Kampung Kubu Gajah Dalam berkongsi sempadan dengan Kampung Merbau Sempak di utara, Elmina Gardens by Sime Darby di selatan dan Kampung Paya Jaras Hilir.

Jumlah bancian penduduk Kampung Kubu Gajah Dalam pada tahun ? adalah 10,970 orang (65% Melayu, 35% Lain-lain).

Sejarah

Kawasan ini dipercayai mendapat namanya bersempena dengan kubu yang dibina oleh para pemburu gajah sebelum tahun 1930-an. Semasa kampung ini diteroka, dipercayai wujud kubu pemburu di lorong yang menjadi laluan gajah liar untuk ke ladang kelapa sawit yang berdekatan iaitu Ladang Elmina [1].

Diteroka oleh penduduk awal menggunakan alat asas seperti parang dan cangkul, Kampung Kubu Gajah Dalam mempunyai satu jalan besar iaitu Jalan Kubu Gajah ( kira-kira 4.1km) yang berhubung dengan Jalan Merbau Sempak dan Jalan Paya Jaras Hilir.

Di sepanjang Jalan Kubu Gajah, penduduk awal telah meneroka jalan-jalan kecil bagi tujuan bersawah dengan diikuti dengan pembinaan tempat tinggal pesawah. Jalan-jalan kecil tersebut bermula dari Jalan Gajah 1 (di bahagian tengah kampung)sehingga Jalan Gajah 24 (di kawasan pinggir kampung berdekatan Kampung Paya Jaras Hilir). Aturan nombor jalan kecil adalah berdasarkan kawasan yang diteroka terlebih dahulu dan tidak semestinya bersebelahan antara satu sama lain.

Aktiviti bersawah padi terhenti sekitar tahun [?] dan digantikan dengan tanaman getah dan kelapa sawit. Kini, 80% daripada Kampung Kubu Gajah Dalam adalah kawasan perumahan di mana penduduknya terdiri daripada pekerja Kerajaan/ swasta dan peniaga.

Pentadbiran

Parlimen: Sungai Buloh

DUN: Paya Jaras

Ketua Kampung: Mohamad Safie Said

Senarai kemudahan asas:

  1. Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Kubu Gajah
  2. Perpustakaan Desa Kg Kubu Gajah, Jalan Kubu Gajah
  3. Pusat Ekonomi Digital, Jalan Kubu Gajah
  4. Tadika KEMAS Sri Bestari, Jalan Kubu Gajah
  5. Kebun Komuniti Kampung Kubu Gajah, Jalan Gajah 13
  6. Akses ke Guthrie Corridor Expressway (melalui Kampung Merbau Sempak) dan Lebuhraya PLUS melalui Kampung Paya Jaras Hilir
  7. Akses ke MRT Sungai Buloh - Kajang
  8. Akses ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang