Sungai Buloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mukim Sungai Buloh
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Petaling
Mukim Mukim Sungai Buloh
Keluasan N/A

Sungai Buloh merupakan salah satu mukim yang terletak dalam daerah Petaling berhampiran dengan sempadan daerah Gombak. Sungai Buloh berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pada tahun 1990 pula, analisis parameter kualiti air menunjukkan bahawa daripada 90 sungai utama yang dikaji, 7 dalam keadaan teruk tercemar, 35 sedikit tercemar dan 48 batang lagi sungai dikelaskan bersih. Sungai yang paling teruk tercemar ialah Sungai Juru, diikuti oleh Sungai Sepang, Sungai Pontian Besar, Sungai Ibai, Sungai Kelang dan akhir sekali Sungai Buloh.

Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898, merupakan hutan simpan yang tertua di Malaysia. Di sini terdapat banyak nurseri pokok dan bunga.

Isi kandungan

Pentadbiran [sunting]

Kampung-kampung yang terdapat di Mukim Sungai Buloh seperti berikut:-

Mukim Sungai Buloh 1

  • Kampung Paya Jaras Hulu
  • Kampung Paya Jaras Hilir
  • Kampung Paya Jaras Tengah
  • Kampung Paya Jaras Dalam
  • Kampung Kubu Gajah
  • Kampung Merbau Sempak
  • Kampung Sungai Plong

Mukim Sungai Buloh 2

  • Kampung Sungai Kayu Ara
  • Kampung Melayu Subang
  • Kampung Kenangan

Pendidikan [sunting]

Pendidikan tinggi [sunting]

Lihat juga [sunting]

Pautan luar [sunting]