Kampus UiTM Puncak Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
UiTM Kampus Puncak Alam
Logo UITM.jpg
Logo UiTM Kampus Puncak Alam
Maklumat am
Moto UiTM di Hatiku
Ditubuhkan 2009
Jenis IPTA
Penggabungan Institut Teknologi MARA (UiTM)

Nama samaran PALAM
Laman sesawang http://puncakalam.uitm.edu.my/
Pentadbiran
Pengarah Dato' Professor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar
Lokasi
Lokasi Puncak Alam, Selangor
Negara Malaysia
Kampus Puncak Alam

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Kampus UiTM Puncak Alam ialah kampus terbaru Universiti Teknologi MARA. Terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor, kampus ini dijangka siap pada tahun 2008.

Direka sebagai 'kampus pintar', kampus ini bakal mempunyai persekitaran paling moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

UiTM Kampus Puncak Alam merupakan antara kampus terbaru UiTM yang telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009. Kampus yang berkeluasan 1,085.75 ekar ini merupakan kampus tambahan yang dirancang untuk menampung 20,000 lebihan pelajar dari kampus induk UiTM Shah Alam. Secara keseluruhannya pembinaan kampus ini melibatkan tiga zon . Sehingga Mei 2010, pihak TRIplc Bhd yang merupakan Kontraktor Rekabentuk dan Bina (Design & Build), telah membangunkan Zon 1 dan Zon 1 Fasa 1 yang mengandungi 25 blok bangunan yang meliputi keseluruhan ruang berjumlah 307,547.73 meter persegi.

Fail:Kampus puncak alam.jpg
Sekitar UiTM Puncak Alam

Sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin utama negara dan simbolik penyempurnaan pembangunan UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1 pada 12 Februari 2010.

Sehingga Mei 2010, UiTM Kampus Puncak Alam Zon 1 Fasa 1 telah beroperasi sepenuhnya dari segi infrastruktur dan pengurusan pentadbirannya. Pentadbiran kampus ini diterajui oleh seorang Penolong Naib Canselor (PNC) dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus (HEP & Alumni dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit, manakala Fakulti-Fakulti pula diterajui oleh Dekan-Dekan Fakulti dibantu oleh Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Program dan Pegawai-Pegawai Pentadbiran.

Nama Singkatan[sunting | sunting sumber]

Nama singkatan bagi UiTM Kampus Puncak Alam ialah UiTM PALAM.


Nama UiTM PALAM ini mula digunakan oleh pelajar UiTM Puncak Alam namun penggunaannya adalah tidak formal dan hanya untuk memudahkan sebutan.

Singkatan UiTM PALAM berasal daripada perkataan UiTM P.Alam, yang bermaksud Puncak Alam. Namun, ada sesetengah pelajar yang telah tersalah baca singkatan tersebut dan membunyikannya sebagai PALAM.

Program yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Program Diploma/Ijazah/Master/Phd[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat buah fakulti yang bernaung di bawah kampus baru ini:
1) Fakulti Farmasi
2) Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat
3) Fakulti Sains Kesihatan
4) Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

5) Fakulti Perakaunan


Asasi Sains[sunting | sunting sumber]

Subjek yang dtawarkan kepada pelajar yang mengambil Asasi Sains ialah:
1) Biologi
2) Fizik
3) Kimia
4) Matematik
5) Bahasa Inggeris
6) Pengajian Islam

Asasi Kejuruteraan[sunting | sunting sumber]

Subjek yang ditawarkan kepada pelajar yang mengambil Asasi Kejuruteraan ialah:
1) Fizik
2) Kimia
3) Matematik
4) Sains Komputer
5) Bahasa Inggeris
6) Pengajian Islam

Para pelajar yang mengambil program Asasi turut dikehendaki untuk mengambil peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) bagi membolehkan pelajar lepasan Asasi UiTM untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di semua IPTA seluruh negara.

Lagu Universiti[sunting | sunting sumber]

Bernaung di bawah UiTM, kampus Puncak Alam juga mengangkat lagu UiTM di Hatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM sebagai lagu rasmi

UiTM di Hatiku[sunting | sunting sumber]

Ketika menyanyikan lagu UiTM di hatiku, para pelajar perlu meletakkan tangan kanan di atas dada kiri, sebagai simbolik UiTM benar-benar berada di hati.

Komposer & Lirik : Osman Mohamed

Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putera-puteri nya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua

UiTM...USAHA, TAQWA, MULIA

Wawasan Setia Warga UiTM[sunting | sunting sumber]

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita...jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita...jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita...berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan

Untuk Negaraku.

Kolej Kediaman[sunting | sunting sumber]

UiTM Kampus Puncak Alam turut menyediakan kolej kediaman untuk kemudahan pelajar-pelajarnya.
Kolej-kolej tersebut ialah Kolej Rafflesia dan Angsana.

Setakat ini, hanya 6 blok Rafflesia dan 4 blok Angsana telah dibina, namun terdapat lagi blok-blok yang masih dalam pembinaan.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR)[sunting | sunting sumber]

KKPR menyediakan kemudahan seperti food court, koperasi, surau dan gym.
Pejabat pentadbiran kolej juga terletak di KKPR.


KKPR merupakan tempat tumpuan pelajar di PALAM untuk makan dan study group.

Kompleks Kemudahan Pelajar Angsana (KKPA)[sunting | sunting sumber]

Seperti KKPR, KKPA juga menyediakan food court untuk kemudahan pelajar. Selain itu, terdapat juga gerai coolblog di KKPA, yang menjadi kegemaran pelajar setelah pulang dari sesi kuliah di bangunan fakulti. Bagi mencegah penyakit diabetis dan komplikasi seumpamanya, dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan coolblog.


Disebabkan masjid PALAM masih lagi dalam pembinaan, KKPA juga dikenali sebagai RSU (ruang solat utama) kerana terdapat ruangan untuk solat secara berjemaah di KKPA. Solat Jumaat juga turut ditunaikan di situ.

Kompleks Kemudahan Pelajar Casuarina (KKPC)[sunting | sunting sumber]

Kompleks ini masih belum dibuka tetapi dijangka akan dibuka pada April 2014.

Bas Rapid KL[sunting | sunting sumber]

Bagi sesiapa yang tidak larat untuk mendaki tangga ala Batu Caves (endless ladders) selepas pulang dari kuliah, ataupun mempunyai masalah penyakit seperti lelah atau jantung berlubang yang tidak membolehkannya mendaki tangga ini untuk pulang ke kolej kediaman, pihak UiTM Kampus Puncak Alam telah menyediakan perkhidmatan Bas Rapid KL.

Hanya dengan harga tambang seringgit, para pelajar boleh pulang ke kolej kediaman dengan selesa tanpa perlu berpeluh-peluh dan termengah-mengah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Alamat penuh:
UiTM Kampus Puncak Alam
Bandar Puncak Alam
42300 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Malaysia