Kanon Pachelbel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kanon Pachelbel atau Pachelbel's Canon (dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai Canon in D major atau Canon and Gigue for 3 violins and basso continuo[1] ialah gubahan paling termasyhur penggubah Barok Jerman, Johann Pachelbel. Pada asalnya ia ditulis bagi tiga violin dan basso continuo serta dipadankan dengan sebuah gigue dalam kei yang sama. Sama seperti banyak karya Pachelbel dan penggubah sebelum tahun 1700, Kanon dilupakan buat berkrun-kurun lamanya dan diketemu kembali hanya pada abad ke-20. Beberapa dasawarsa selepas ia diterbitkan semula pada tahun 1919, gubahan itu menjadi amat popular, dan pada hari ini sering dimainkan di majlis perkahwinan dan disertakan dalam beberapa kompilasi muzik klasik bersama-sama gubahan Barok yang masyhur seperti Air on the G String oleh Johann Sebastian Bach.

Analisis[sunting | sunting sumber]

Kanon Pachelbel menggabungkan teknik kanon dan bes latar (ground bass). Kanon ialah satu kaedah polifonik di mana beberapa suara memainkan muzik yang sama dan masuk berturut-turut. Dalam gubahan Pachelbel, terdpat tiga suara (lihat Contoh 1), tetapai terdapt juga suara keempat, yakni basso continuo, yang memainkan peranan bersendirian.

Contoh 1. Sembilan bar pertama Kanon dalam D. Violin memainkan kanon tiga suara berlatarkan bes bagi memberikan struktur harmoni. Warna menampilkan titik kemasukan kanon.

Suara bes mengulangi baris dua bar yang sama sepanjang lagu. Istilah biasa bagi permainan ini ialah ostinato, atau bes latar (lihat Contoh 2). Kod yang dicadangkan bagi bes ini ialah:

Contoh 2. Bes latar bagi Kanon Pachelbel.
kod darjah skala angka roman
1 D major tonik I
2 A major dominan V
3 B minor submedian vi
4 F minor median iii
5 G major subdominan IV
6 D major tonik I
7 G major subdominan IV
8 A major dominan V

Justeru Kanon Pachelbel menggabungkan bentuk polifonik (kanon) dan variasi bentuk (syakon yang merupakan gabungan gubahan bes latar dan variasinya). Pachelbel dengan cekap membentuk variasi dan membuat variasi itu sedap didengar dan tidak ketara.[2]

Portal:Kanon Pachelbel Portal Muzik klasikal

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Bahasa Jerman: Kanon und Gigue für 3 Violinen mit Generalbaß) (PWC 37, T. 337, PC 358).
  2. Welter, Kathryn J (1998), Johann Pachelbel: Organist, Teacher, Composer, A Critical Reexamination of His Life, Works, and Historical Significance, Diss., Cambridge, Massachusetts, USA: Harvard University .

Pautan luar[sunting | sunting sumber]