Kanun Tanah Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Akta Kanun Tanah Negara(KTN)
Parlimen Malaysia
Tajuk Panjang: suatu undang-undang tanah bertujuan untuk menyeragamkan sistem pemegangan tanah yang berbeza di Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia
Kawasan pengembangan Semenanjung Malaysia
Undang-Undang Lain
Undang-undang berkaitan: F.M.S Land Code 1926
Akta Kanun Tanah Negara 1963
Akta Kanun Tanah Negara 1996
Akta Kanun Tanah Negara 2007 (Pindaan)
Status: Unknown

Kanun Tanah Negara(KTN) adalah suatu undang-undang tanah yang utama di Semenanjung Malaysia, dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966 bertujuan untuk menyeragamkan sistem pemegangan dan urusan tanah yang berbeza di Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Undang-undang tanah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah Kanun Tanah Negara(KTN). Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1 Januari 1966. Dari tarikh ini sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud disemua negeri di Semenanjung Malaysia.

Sebelum 1 Januari 1996 ,semua negeri ini mempunyai dua sistem pemegangan tanah yang agak berlainan.Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang khusus terdapat di Negeri-negeri Selat sebelum perang(yang di contohi daripada undang-undang harta dan pindah hak Inggeris)yang dengannya surat ikatan yang di sempurnakan secara persendirian adalah asas hakmilik bagi tanah.

Secara perbandingan sembilan buah Negeri-negeri Melayu itu menggunakan suatu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh di perolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. Sistem yang diamalkan di sembilan buah Negeri Melayu adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens atau sistem pendaftaran hakmilik.

KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor sebelum 1 Januari 1966). Untuk menghapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) telah diperbuat dalam tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1996 .

Oleh itu dengan adanya KTN dan Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka ), 1963, kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1 Januari 1996 . Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri).

Ciri-Ciri Sistem Tanah Yang Diamalkan==

Sistem Torrens menetapkan dan memperakui, di bawah kuasa Kerajaan, kepunyaan hakmilik tanah yang tidak boleh disangkal dan memudahkan, mempercepatkan dan merendahkan perbelanjaan segala urusan tanah. Tujuan-tujuan sistem Torrens ialah untuk memberi jaminan dan kesenangan kepada segala urusan tanah. Hakmilik adalah bukti muktamad bahawa orang yang disebutkan didalamnya adalah tuanpunya tanah yang dinyatakan didalamnya.

Hakmilik-hakmilik tanah yang sah memerlukan perihal sempadan-sempadan yang tepat. Ini bererti bahawa pengukuran tanah yang cekap mestilah dibuat. Suatu hakmilik boleh dikeluarkan bagi tanah dengan apa-apa perihal sempadan yang munasabah, tetapi jika sempadan-sempadan itu tidak tepat sedangkan hakmilik itu masih lagi tidak boleh disangkal, ia mungkin akan menjadi terdedah kepada pertikaian mengenai sempadan. Dengan pengukuran yang tepat kemungkinan berlakunya apa-apa pertikaian sempadan adalah dihapuskan dan dengan itu hakmilik itu sebenarnya menjadi tidak boleh disangkal dari segala segi.

Daripada apa yang disebutkan diatas maka bolehlah disimpulkan bahawa ciri-ciri utama sistem Torrens adalah seperti berikut:dokumen hakmilik yang dengan jelas menentukan tanah itu difailkan di Pejabat Pendaftaran.didalam hakmilik itu didaftarkan segala jualan dan urusan yang kemudian atas tanah itu.

Oleh itu pemeriksaan pada bila-bila masa di Pejabat Pendaftaran menunjukkan bukan sahaja tiap-tiap butir mengenai syarat-syarat hakmilik asal tetapi juga nama-nama tuanpunya pada masa ini dan semua orang lain yang ada kepentingan atas tanah seperti pajakan atau gadaian.

Diantara kebaikan-kebaikan Sistem Torrens adalah seperti berikut:-

  • Tiap-tiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hakmilik yang jelas, di jamin oleh Kerajaan, membentangkan bukan sahaja untuk pengetahuannya tetapi juga pengetahuan semua orang berkenaan mengenai segala syarat-syarat dan kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan tanah itu.
  • Tiap-tiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu. *Hakmilik bagi tanah itu dan hak-hak semua orang yang memegang pajakan atau gadaian akan tidak boleh disangkal.

Sistem Torrens[sunting | sunting sumber]

Hendaklah diperhatikan bahawa Sistem Torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan mengambil sempena Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan dalam tahun1858. Kemudiannya ia berkembang ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian–bahagian lain dalam dunia.

1.0      CIRI-CIRI UTAMA KTN 1965

1.1           Pendudukan Haram Tidak Dibenarkan

·        KTN 1965 mengenalkan prinsip undang-undang yang terkandung dalam Kanun Tanah 1928 bahawa pendudukan haram tanah milik orang lain atau ringkasnya pemilikan bertentangan adalah dilarang.

1.2            Pengembalian Kepada Negeri

·        Tanah beri milik boleh kembali menjadi milikan Pihak Berkuasa Negeri dalam beberapa keadaan tertentu melainkan pajakan tersebut diperbaharui atau disambung lagi.

·        Tanah beri milik boleh juga dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila berlaku pelanggaran syarat oleh pemiliknya, umpamanya kegagalan mengerjakannya, kegagalan membayar cukai, pelanggaran syarat-syarat nyata, atau syarat-syarat lain yang terkandung dalam KTN, atau pelanggaran sekatan-sekatan tertentu kembali menjadi milikan Negeri jika pemiliknya meninggal dunia tanpa meninggalkan waris.

1.3           Hak Milik Dijamin tetapi Tidak Mutlak

·       Hak milik yang tidak boleh disangkal dijamin oleh KTN mengikut kehendak s 89 dan 340 tetapi ia tidak mutlak.

1.4           Hak Milik Strata Diakui

·        KTN membuat peruntukan mengenai pengeluaran dokumen hak milik strata untuk bangunan-bangunan bertingkat seperti kompleks pejabat atau kondominium.

·        Peruntukan-peruntukan dalam KTN 1965 mengenai hak Milik strata telah digantikan kemudiannya dengan Akta Hak Milik Strata 1985, yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 1985.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

SEJARAH PENTADBIRAN TANAH