Karaoke
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Karaoke (カラオケ? dari bahasa Jepun kara, "kosong", dan ōkesutora, "orkestra") (sebutan: sebutan bahasa Inggeris: /kɛɹiˈoʊki/, /kæɹiˈoʊki/, atau /kəˈroʊki/; dalam bahasa Jepun /karaoke/;
listen (bantuan·maklumat)) ialah sejenis hiburan yang membolehkan seorang individu atau kumpulan menyanyikan lagu terpilih, di khalayak tertentu, dengan iringan muzik yang sedia terakam dalam alat audio visual. Lagunya biasanya sebuah lagu pop terkenal, di mana suara penyanyi asalnya dapat dipadamkan atau dikecilkan. Lirik-liriknya biasanya dipamerkan di skrin video, diikuti sebuah simbol atau sejenis warna yang akan berubah, untuk memandu penyanyinya.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |