Kaum Hutu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kaum Hutu
Pierre Nkurunziza.jpeg
Jumlah penduduk
11.5 juta
Kawasan ramai penduduk
Rwanda, Burundi, Timur Republik Demokratik Congo (kebanyakannya pelarian)
Bahasa

Kirundi, Kinyarwanda, Bahasa Perancis

Agama

Kebanyakannya Katolik, Protestan
Islam Sunni, Agama Kaum Asli.

Kelompok etnik berkaitan

Kaum Tutsi, Kaum Twa

Kaum Hutu adalah kumpulan etnik di Afrika Tengah, mereka kebanyakannya hidup di Rwanda dan Burundi.

Statistik populasi[sunting | sunting sumber]

Walaupun semasa pembunuhan etnik di Burundi pada tahun 1972 yang dianggarkan 100,000 kaum Hutu telah dibunuh, Kaum Hutu kekal sebagai tiga kumpulan etnik terbesar di Burundi dan Rwanda; mengikut Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, 84% penduduk Rwanda dan 85% penduduk Burundi adalah Kaum Hutu, walaupun sumber lain yang dijumpai berbeza beberapa peratus. Pembahagian kawasan diantara Kaum Hutu dan Kaum Tutsi lebih berdasarkan kelas sosial berbanding keetnikan, disebabkan tidak ada perbezaan bahasa, fizikal atau budaya di antara mereka. (Kaum Twa pigmi, iaitu kaum yang paling kecil di antara ketiga-tiga bangsa majoriti di Rwanda dan Burundi, juga berkongsi bahasa dan budaya bersama Kaum Hutu dan Kaum Tutsi, tetapi mereka lebih pendek dan diperakui dalam perbezaan genetik antara ketiga-ketiga bangsa majoriti itu).