Kecerahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kecerahan adalah merupakan ciri penentu untuk pencerapan penglihatan, yang mana suatu sumber dilihat memancarkan sejumlah kandungan cahaya. Dalam perkataan yang lain, kecerahan ialah pencerapan yang terhasil daripada kekilauan sasaran penglihatan.

"Kecerahan" pada asalnya digunakan sebagai sinonim dalam istilah fotometrik kekilauan dan (dengan salahnya) dalam istilah radiometrik kesinaran. Mengikut Federal Standard 1037C, "kecerahan" seharusnya pada masa kini hanya digunakan untuk rujukan tak kuantitatif mengenai deria fisiologi dan pencerapan cahaya.

Perhatian, sasaran dengan kekilauan yang sama boleh menghasilkan pencerapan kecerahan yang berlainan dalam konteks yang berlainan. (Lihat, contohnya illusi White's dan illusi Wertheimer-Benary)

Dalam ruang warna RGB, kecerahan boleh dianggap sebagai min aritmetik μ kepada koordinat warna Red (merah), Green (hijau), dan Blue (biru) (walaupun sebahagian daripada tiga komponen boleh menyebabkan cahaya kelihatan lebih cerah daripada yang lain, yang mana, sekali lagi akan dipulihkan oleh sistem paparan secara automatik):

 \mu = {R + G + B \over 3 }.

Kecerahan juga merupakan koordinat warna dalam ruang warna HSB.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.