Kekilauan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kekilauan (juga dipanggil luminositi)[1] ialah ukuran fotometrik tentang ketumpatan keamatan cahaya pada arah yang tertentu. Ia menerangkan tentang jumlah cahaya yang melalui atau dipancarkan daripada kawasan tertentu, dan sampai pada sudut pepejal tertentu. Unit SI untuk kecerahan ialah kandela per meter persegi (cd/m2). Dalam disiplin ilmu yang berlainan, ia mentakrifkan kekilauan secara berbeza bergantung kepada apa yang diukur.

Dalam ilmu falak, kekilauan mengukur jumlah tenaga yang dipancarkan oleh bintang atau objek astronomi yang lain dalam joule per saat atau watt.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "luminosity". Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=luminosity. Capaian 26 Ogos 2012.