Kedai serbaneka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia.

Kedai serbaneka merupakan sejenis kedai kecil di sesebuah kawasan tepu bina yang menjual pelbagai barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, alat tulis, kelengkapan tandas, dsb. Ia berbeza dengan kedai biasa dari segi lokasinya yang hanya terletak di bandar sahaja, serta fungsinya yang merupakan pelengkap kepada aktiviti beli-belah utama dan bukan sebagai kedai utama.

Kedai serbaneka boleh membentuk sebahagian daripada stesen minyak. Ia boleh jadi terletak di kawasan persimpangan sibuk, atau berhampiran stesen kereta api atau perhentian bas. Terdapat juga kedai serbaneka yang dibuka 24 jam sehari seperti rangkaian kedai 7-Eleven.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]