7-Eleven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
7-Eleven, Inc.
Jenis anak syarikat tidak langusng Seven & I Holdings Company, pertubuhan yang bertapak di Jepun.
Industri Peruncitan (Kedai serbaneka)
Ditubuhkan Oak Cliff, Texas, Amerika Syarikat (1927)
Ibu pejabat Jepun 8-8 Nibancho, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun 102-8455
Amerika Syarikat One Arts Plaza, 1722 Routh Street, Suite 1000, Dallas, Texas, Amerika Syarikat 75201
Perancang utama Toshifumi Suzuki, Pengerusi
Joseph M. DePinto, Presiden/CEO
Masa Asakura, EVP/COO
Produk Minuman Slurpee®
Minuman Big Gulp®
Hasil $10.882 billion USD (2003)
Pekerja 31,500 (2004)
Induk Jepun Seven & I Holdings Co., Ltd.
Laman web www.7-eleven.com
www.7andi.com
7 Eleven Fukushima Shinchi Town Shop.jpg

7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan.[1] Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.

7-Eleven ialah anak syarikat Seven & I Holdings Co. di Jepun.

antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.

Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual susu, telur dan roti dari sebuah dok ais.[2] Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun 1946. Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100.

Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin, Texas.[3] Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.[4]

Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas.[5] Pembelian balik itu mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat te;ah menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur di dalam bon syarikat.[6][7]

Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991,[8] semasa Japanese asset bubble awal 1990an. Ito-Yokado membentuk Seven & I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di American, dengan penambahan 1,000 stor 7-Eleven di A.S.

7-Eleven di seluruh dunia[sunting | sunting sumber]

Negara/
Wilayah
Tahun pembukaan
kedai pertama
Bilangan
kedai
Maklumat
lanjut
Amerika Syarikat 1968 514 [1]
Kanada 1969 469 [2]
Mexico 1971 675 [3]
Jepun 1971 11,525 [4]
Australia 1977 368 [5]
Sweden 1978 73 [6]
Taiwan, Republik China 1980 4,385 [7]
Hong Kong, China 1981 747 [8]
Macau, China 2005 26 [9]
China (Shenzhen, Guangzhou) 1992 402 [10]
Singapura 1983 345 [11]
Filipina 1984 287
Malaysia 1984 838 [12]
Norway 1986 105
Puerto Rico, AS 1987 14
Korea Selatan 1989 1,421 [13]
Thailand 1989 6,000 [14]
Turki 1989 74
Denmark 1993 61 [15]
China (Beijing) 2004 50

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 7-Eleven world's largest chain store
  2. 7-Eleven Fun Facts & Trivia, 7-Eleven, 15 Mei 2007.
  3. 24-Hour Convenience Stores - It Started in Austin Texas at 7-Eleven, About.com. Dicapai pada 25 Februari 2007.
  4. Open around the clock, 7-Eleven. Dicapai pada 25 Februari 2007.
  5. COMPANY NEWS; Southland Holders Approve Buyout. Associated Press, December 9, 1987.
  6. Frank, Peter H.Southland Buyout Hits Snag. The New York Times, November 11, 1987
  7. WAYNE, LESLIE. "Takeovers Revert to the Old Mode." New York Times, January 4, 1988
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated1 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]