Kei car

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kei car, K-car, atau keijidōsha (軽自動車?, bermaksud "kereta ringan") (disebut /keːdʑidoːɕa/), merupakan kategori kereta kecil di Jepun, termasuklah kereta penumpang, van serta lori pikap. Ia direkabentuk sebegitu rupa untuk mengeksploitasi potongan cukai dan insurans, dan di kawasan luar bandar pula ia dikecualikan daripada keperluan ruangan parkir yang mencukupi.[1][2] Piawaian ini mula diasaskan pada penghujung Perang Dunia Kedua, di mana kebanyakan rakyat Jepun tidak mampu memiliki sebuah kereta tetapi mampu memiliki sebuah motosikal. Piawaian kereta kei car mula dibentuk bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif serta untuk menawarkan kaedah penghantaran alternatif kepada kedai dan perusahaan kecil.

Oleh kerana peraturan hanya mengehadkan saiz fizikal, saiz enjin serta kuasa kuda, pengeluar kereta sering menerapkan banyak teknologi canggih bagi kelas berkenaan. Hasilnya, kereta kei car sering dipasang dengan enjin pernafasan paksaan, transmisi automatik dan CVT, sistem pacuan roda hadapan, roda belakang dan empat roda, pacuan hibrid, penyaman udara, GPS serta banyak lagi.

Daihatsu, Honda, Mitsubishi, Smart,[3] Subaru, dan Suzuki kesemuanya mengeluarkan kereta kei car. Nissan menjual model Mitsubishi dan Suzuki manakala Mazda menjual model Suzuki di bawah lesen.[4]

Sejarah peraturan[sunting | sunting sumber]

Tarikh Panjang maksimum Lebar maksimum Tinggi maksimum Sesaran maksimum Kuasa kuda maksimum
empat lejang dua lejang
8 Julai 1949 2.8 m 1 m 2 m 150 cc 100 cc n/a
26 Julai 1950 3 m 1.3 m 300 cc 200 cc
16 Ogos 1951 360 cc 240 cc
4 April 1955 360 cc
1 Januari 1976 3.2 m 1.4 m 550 cc
Mac, 1990 3.3 m 660 cc 47 kW (64 PS; 63 hp)
1 Oktober 1998 3.4 m 1.48 m

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]