Kekacang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pelbagai varieti biji benih kacang soya, tanaman kekacang popular.

Kekacang, dalam penulisan botani ialah tumbuhan daripada keluarga Fabaceae (atau Leguminosae), atau buah untuk tumbuhan tertentu. Buah kekacang ialah buah kering yang terbentuk dari karpel ringkas dan selalunya membengang (terbuka ketika merekah) pada kedua-dua belah bahagian.