Hortikultur
Hortikultur ialah sains dan seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan landskap.[1] Dalam erti kata lain, hortikultur ialah salah satu cabang pertanian dengan tumpuan lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai makanan, tujuan perubatan, dan untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definasi ini yang membezakan antara tanaman hortikultur daripada tanaman lain: "tumpuan lebih kepada" dan "diusahakan oleh manusia untuk ...". Dengan itu, tanaman hortikultur adalah berbeza daripada tanaman lain dengan aras pengurusan pekerja dalam pengeluaran mereka dan kegunaan selepasnya. Tumbuhan hortikultur selalunya dibahagikan kepada yang boleh dimakan, iaitu yang digunakan dalam masakan atau tujuan perubatan, dan yang digunakan untuk hiasan atau tujuan estetik.[2]
Isi kandungan |
[sunting] Etimologi
Perkataan hortikultur dimodelkan selepas pertanian, dan datang dari perkataan Latin hortus,[3] iaitu kebun dan cultūra, iaitu penanaman, dari cultus, partisipel pasif lengkap untuk kata kerja colō, iaitu "Saya tanam".[4] Hortus ialah kata seasal dengan perkataan bahasa Inggeris yard (laman) (dengan maksud kawasan berkaitan dengan bangunan) dan kata pinjaman garden (taman/kebun).[5]
[sunting] Bidang kajian
Menurut Dr. Bailey L. H. hortikultur melibatkan lima bidang kajian yang boleh dibahagikan kepada dua kategori besar - tumbuhan hiasan dan boleh dimakan.
- Florikultur melibatkan pengeluaran dan pemasaran tanaman berbunga.
- Hortikultur landskap melibatkan pengeluaran, pemasaran dan penjagaan tumbuhan landskap.
- Olerikultur melibatkan pengeluaran dan pemasaran sayur-sayuran.
- Pomologi melibatkan pengeluaran dan pemasaran buah-buahan.
- Fisiologi lepas tuai melibatkan penjagaan kualiti dan mengelakkan kerosakan tanaman hortikultur.
[sunting] Tanaman hortikultur
Ia diterima umum oleh para penyelidik dan pendidik dalam bidang sains hortikultur bahawa tanaman hortikultur termasuklah:
- pokok, pokok renek dan pokok buah menjalar saka
- pokok renek dan kekacang saka
- Sayur-sayuran (akar, ubi, pucuk, batang, daun, buah dan bunga yang boleh dimakan dan kebanyakkannya tumbuhan semusim)
- dedaun, biji benih dan akar tumbuhan perubatan dan aromatik
- bunga potong, pokok hiasan berpasu, dan tanaman batas; dan
- pokok, pokok renek, turf dan rumput hiasan dibiakkan dan diusahakan di nurseri untuk kegunaan landskap atau pembukaan dusun buah atau pengeluaran tanaman lain.
Kadang-kala tumbuhan hortikultur digunakan oleh haiwan untuk mengeluarkan tanaman tersebut. Madu ialah contoh terbaik dan selalu dianggap sebagai produk hortikultur. Sutera mentah yang dihasilkan oleh ulat sutera yang memakan daun pokok mulberi (juga menghasilkan buah boleh dimakan), walaubagaimanapun sutera bukanlah satu tanaman hortikultur. Di Kanada madu dan sirap mapel keduanya dikelaskan sebagai tanaman hortikultur. Penanaman atau pengumpulan cendawan (kulat boleh dimakan) adalah antara yang selalu dikelaskan sebagai tanaman hortikultur.[6]
[sunting] Produk hortikultur
Produk hortikultur termasuklah segala produk, mentah atau telah diproses, yang terhasil dari industri hortikultur. Produk dari industri hortikultur yang pergi ke pasaran secara mentah (segar) sememangnya adalah produk hortikultur. Apabila ia telah jus, potong atau puri, tapai, sejukbeku, tin, kering, tersinar atau digunakan dalam ubahan hiasan (seperti dalam pengubahan bungaan), ia kekal sebagai produk hortikultur. Walaupun begitu, apabila satu produk hortikultur menjadi bahan utama dalam pengeluaran barangan lain, kategori tersebut menjadi semakin rumit. Maka, apabila epal menjadi pai epal atau yogurt dikaitkan dengan buah, produk itu boleh dianggap satu produk hortikultur dan hasil barkeri atau tenusu.[6]
[sunting] Bacaan lanjut
- (Inggeris) Bob, W. (2008). Plants: Their use, Management, Cultivation and Biology; A comprehensive guide. Ramsbury: The Crowood Press Ltd. ISBN 978-1-84797-028-2
- (Inggeris) Martha, S.C. and S.P. Simson. (2010). Basic of Horticulture. Jaipur: Oxford Book Company. ISBN 978-93-80179-18-6
- (Inggeris) Adams, C.R., K.M. Banford and M.P. Early. (2008). Principles of Horticulture. 5th edition. United Kingdom: Butterworth-Heinenmann Publication. ISBN 978-0-7506-8694-5
[sunting] Rujukan
- ↑ Hortikultur. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ↑ Definasi tanaman istimewa. Institut Nasional Pertanian dan Makanan. Jabatan Pertanian Amerika.
- ↑ hortus. Charlton T. L. dan S. Charles. en:A Latin Dictionary di en:Perseus Project.
- ↑ Douglas Harper. "horticulture". Online Etymology Dictionary. http://www.etymonline.com/index.php?term=horticulture.
- ↑ Entry for yard Dictionary.com (presenting information supposedly from Random House Dictionary)
- ↑ 6.0 6.1 Mendefinasikan Hortikultur, Produk Hortikultur dan Sains Hortikultur. Persatuan Antarabangsa untuk Sains Hortikultur. Dicapai 1 Februari 2012.
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Persatuan Diraja Hortikultur
- (Inggeris) Pertubuhan Sains Hortikultur Amerika
- (Inggeris) Persatuan Antarabangsa untuk Sains Hortikultur
- (Inggeris) Taman Botani Diraja
- (Inggeris) Taman Botani New York