Kelab Rotary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelab Rotary "Rotary International"

Lambang Kelab Rotary
Lambang Kelab Rotary

Penubuhan 1905
Jenis kelab perkhidmatan
Ibu pejabat Evanston, Illinois
Keahlian 1.2 juta
Bahasa rasmi Inggeris, Sweden, Portugis, Itali, Perancis, Sepanyol, Jerman, Korea, dan Jepun
Presiden John Kenny (2009-2010)[1]
Orang penting Paul P. Harris (Pengasas)
Laman sesawang www.rotary.org

Kelab Rotary (Bahasa Inggeris: Rotary International) merupakan satu pertubuhan kelab perkhidmatan yang terletak di seluruh dunia. Ia merupakan pertubuhan sekular yang terbuka kepada semua orang tanpa mengira kaum, warna, kepercayaan, atau kecenderungan politik. Terdapat lebih 32,000 kelab dan 1.2 juta ahli di seluruh dunia.[2] Ahli Kelab Rotary dikenali sebagai Rotarian. Matlamat pertubuhan yang dinyatakan ialah menghimpun pemimpin perniagaan dan profesional bagi memberikan perkhidmatan kemanusiaan, menggalakkan piawaian etika lebih baik dalam semua usaha, dan membantu mendirikan perasaan muhibah dan keamanan di dunia. Ahli biasanya bertemu sekali seminggu untuk makan pagi, tengahari atau malam, yang juga merupakan acara sosial dan peluang bagi mengurus kerja bagi matlamat perkhidmatan mereka.


Nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 42°02′45″N 87°40′57″W / 42.045826°U 87.682397°B / 42.045826; -87.682397