Kemalangan basikal lajak Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemalangan basikal lajak Johor Bahru
Tarikh18 Februari 2017 (2017-02-18)
MasaKira-kira 3 pagi
LokasiJalan Lingkaran Dalam Johor Bahru
Koordinat1°27′55″N 103°44′52″E / 1.4652°N 103.7478°E / 1.4652; 103.7478
Kematian8
Kecederaan2 parah, 6 cedera lazim
Suspek1 (Sam Ke Ting)
TuduhanPemanduan berbahaya hingga menyebabkan kematian
KeputusanDibebaskan daripada kesalahan
HukumanTiada

Pada kira-kira jam 3 pagi, 18 Februari 2017, satu kemalangan jalan raya berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor, yang melibatkan sebuah kereta merempuh sekumpulan orang kanak-kanak dan remaja yang sedang berlumba dengan sejenis basikal terubah suai (basikal lajak), menyebabkan lapan penunggang basikal terkorban, dua orang cedera parah dan enam lagi cedera.[1]

Insiden ini mendapat perhatian ramai, dan menimbulkan kebimbangan tentang isu "basikal lajak" dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, insiden ini turut menerbitkan satu dilema persalahan besar, yakni siapa yang patut dipersalahkan dalam kejadian ini— sama ada suspek atau pihak penjaga kanak-kanak terlibat, dengan banyak rakyat lebih menyalahkan ibu bapa atas kecuaian penjagaan. Apapun begitu, suspek, Sam Ke Ting, disabitkan kesalahan memandu secara berbahaya, dengan denda RM6,000 dan hukuman penjara enam tahun, setakat April 2022.[2] Namun begitu, atas rayuan, Sam dibebaskan pada April tahun selepasnya.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Basikal lajak" ialah sejenis basikal terubah suai yang digunakan untuk meningkatkan kelajuan basikal, dan dimainkan dalam suatu budaya perlumbaan haram yang diikuti secara utamanya oleh golongan pelajar sekolah rendah dan menengah. Aktiviti basikal lajak atau "main lajak" dikatakan telah muncul sejak kira-kira sedekad sebelum kemalangan berlaku, dan mendapat permintaan yang berkembang dalam dua tahun terakhir.[4][5] Secara amnya, budaya basikal lajak boleh disamakan dengan budaya Mat Rempit yang melibatkan perlumbaan haram motosikal.

Perdebatan punca kemunculan budaya basikal lajak amat meluas. Sementara pendapat-pendapat konvensional diutarakan seperti maslaah keibubapaan, ada yang mengutarakan masalah pihak atasan yang menyebabkan golongan muda tiada wadah hiburan yang sesuai.[6]

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Kemalangan berlaku pada 3:20 pagi (Waktu Piawai Malaysia), 18 Februari 2017, di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, bersebelahan Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. Ketika itu, pemandu kereta, Sam Ke Ting, terserempak dan gagal mengelak sekumpulan pemain basikal lajak. Susulan kemalangan itu, lapan orang remaja, berumur antara 13 hingga 17 tahun, maut ditempat kejadian. Selain itu, dua orang lagi parah dan enam lagi cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah.[7] Berikut ialah mangsa kemalangan:

  • Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14
  • Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14
  • Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16
  • Fauzan Halmijan, 13
  • Mohamad Azhar Amir, 16
  • Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14
  • Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14
  • Haizad Kasrin, 16

Perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mac, Sam dibicarakan dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik Johor Bahru atas pertuduhan memandu secara melulu dalam kemalangan tersebut berdasarkan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.[8]

Pada 28 Oktober 2019, Sam dibebaskan oleh pihak Mahkamah Majistret Johor Bahru tanpa diminta untuk membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan. Walau bagaimanapun, prima facie berjaya dibuktikan kemudian, dan pada 18 Febuari 2021, pihak Mahkamah Tinggi memerintahkan Sam untuk membela diri. Sungguhpun begitu, keputusan dibuat untuk mengekalkan kebebasan Sam pada 10 Oktober. Pada hari keesokannya, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan terhadapnya. Pada April 2022, Sam dijatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 atas dakwaan pemanduan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.[8] Namun begitu, Sam diberi kebenaran melakukan rayuan hukuman dengan ikat jamin RM10 ribu, dan seterusnya, menunda hukumannya.[9]

Pada 11 April 2023, perbicaraan rayuan telah dibuat di Mahkamah Rayuan, dan kesalahan telah dibatalkan, dan Sam dibebaskan atas kesalahan tersebut. Berdasarkan perbicaraan, keputusan itu dibuat setelah didapati bahawa kemalangan itu secara prakitknya "mustahil dapat dielakkan" setelah menilai semua aspek dalam kemalangan tersebut.[3][10][11]

Perdebatan[sunting | sunting sumber]

Satu isu utama dalam kemalangan ini ialah dilema serta perdebatan untuk menentukan siapa yang benar-benar bersalah dalam kemalangan ini— sama ada suspek atau pihak ibu bapa. Pendapat popular ialah menyalahkan para ibu bapa atas kecuaian menjaga anak-anak dan membiarkan mereka berlumba pada waktu yang tidak sesuai.

Sementara itu, sebilangan pihak berkata penyalahan kepada para ibu bapa adalah kurang praktikal. Antara hujah yang diberikan ialah menyalahkan pihak ibu bapa adalah sukar dalam konteks perundangan akibat faktor yang pelbagai.[12]

Ada sesetengah netizen membimbang kes ini akan menyebabkan rusuhan seperti rusuhan Los Angeles 1992 dan protes George Floyd. Selepas Sam dibebaskan tiada kesalahan, mereka tidak dapat bimbang rusuhan lagi.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "JB accident horror: Teen cyclists were part of 'joyride group' [VIDEO]". NST Online. New Straits Times. 2017-02-18. Dicapai pada 2017-05-28.
  2. ^ "'Basikal lajak' posts resurface following Johor driver's conviction". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 15 April 2022. Dicapai pada 16 April 2022.
  3. ^ a b "Sam Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak". Astro Awani. 11 April 2023. Dicapai pada 13 April 2023.
  4. ^ Yusof, Hana Anati (25 Februari 2017). "Geng 'basikal lajak' wujud sejak 10 tahun lalu, siapa budak-budak ni semua?". Cilisos. Dicapai pada 17 April 2022.
  5. ^ Mohd Arif, Melati (21 Februari 2017). "'Main lajak' bukan fenomena baru!". Malaysiakini. Dicapai pada 17 April 2022.
  6. ^ Lovrenciear, JD (10 November 2019). "The 'basikal lajak' is not the real problem". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2022.
  7. ^ Hassan, Shahrul (18 Februari 2017). "Lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta". Astro Awani. Dicapai pada 17 April 2022.
  8. ^ a b "Kronologi kes 8 remaja basikal lajak maut". Harian Metro. 13 April 2022. Dicapai pada 17 April 2022.
  9. ^ Abas, Norlizah (18 April 2022). "Basikal lajak: Ke Ting dibenar merayu, bebas dengan jaminan RM10,000". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 April 2022.
  10. ^ "Kes langgar basikal lajak: Kerani dibebas dan dilepaskan". Berita RTM. 11 April 2023. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  11. ^ "Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan bebas Sam Ke Ting". Free Malaysia Today. 11 April 2023. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  12. ^ "Easy blaming biking teens' parents, consider society's failure - Siti Kasim". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 16 April 2022. Dicapai pada 16 April 2022.