Kenderaan Serba Guna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kenderaan Serba Guna (MPV), juga dikenali sebagai minivan, merupakan sejenis kereta dengan bentuk badan yang hampir serupa dengan van yang direkabentuk untuk kegunaan persendirian. Lazimnya, MPV lebih tinggi daripada kereta sedan, hatchback ataupun kereta estet serta direka dengan ruangan dalaman yang maksimum.

[sunting] Istilah

Di negara-negara Asia termasuk Malaysia, istilah MUV (Kenderaan Pelbagai Kegunaan) mempunyai maksud yang sama dengan MPV. Di Eropah dan India pula, istilah MPV merujuk kepada jenis am kenderaan tanpa merujuk kepada saiznya. Ia kemudiannya diperincikan dengan perkataan sebelum akronim tersebut: sebuah "MPV mini" dibina berasaskan model kereta supermini; sementara "MPV padat" pula berasaskan model kereta padat ataupun kereta keluarga kecil; manakala "MPV besar" pula berasaskan model kereta keluarga besar. Contohnya, Honda Stream dikategorikan sebagai MPV padat kerana berasaskan model Honda Civic manakala Honda Odyssey pula dikategorikan sebagai MPV besar kerana berasaskan model Honda Accord.

Sementara itu, negara-negara Amerika Utara pula menggunakan istilah "minivan" kerana kenderaan tersebut dianggap lebih kecil dan rekaannya lebih aerodinamik berbanding van penumpang tradisional.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Galeri

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain