Kesultanan Banjar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kerajaan Banjar)
Lompat ke: pandu arah, cari
Banjar
Locator kota banjarmasin.png
Lokasi ibu kota terakhir Kesultanan Banjar tahun 1860 di Kampung Sungai Mesa, Banjarmasin, Kalimantan Selatan
Berdiri 1526-1860
Didahului oleh Kerajaan Negara Daha
Digantikan oleh Pagustian
Ibu kota Kuin, Banjarmasin
Muara Tambangan, Martapura
Batang Banyu, Martapura
Kayu Tangi (Karang Intan)
Sungai Mesa, Banjarmasin
Bahasa Banjar
Agama Islam, Kaharingan (tidak rasmi)
Pemerintahan
-Raja pertama
-Raja terakhir
Monarki
Sultan Suriansyah (1526-1550)
Sultan Tamjidullah Alwazikh Billah (1857-1860)
Sejarah
-Didirikan
-Zaman kejayaan
-Krisis warisan

1526
1778-1857
1860

Kesultanan Banjar atau Kesultanan Banjarmasin (24 September 1526 - 11 Jun 1860) adalah sebuah kerajaan Islam yang berdiri di Kalimantan Selatan. Kerajaan ini pada mulanya berpusat di Banjarmasin, tetapi kemudiannya berpindah ke Martapura di Kabupaten Banjar. Kesultanan Banjar adalah penerus kerajaan Negara Daha, sebuah kerajaan Hindu yang beribu kota di kecamatan Daha Selatan. Ketika di Banjarmasin, Kesultanan ini mendapat nama sebagai Kesultanan Banjarmasin.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketika awal abad ke-16, Kalimantan Selatan diperintah oleh kerajaan Negara Daha. Di daerah-daerah takluknya, sebuah pajak atau cukai haruslah dibayar oleh kerajaan daerah itu kepada raja Daha. Ini menyebabakan daerah Banjarmasin berkeinginan untuk keluar daripada pengaruh Daha. Ketua daerah Banjarmasin, Patih Masih, kemudiannya berbincang dengan ketua daerah lain iaitu Patih Balit, Patih Muhur, Patih Balitung dan Patih Kuwin[1] untuk memerdekakan daerah mereka daripada kerajaan Daha. Mereka kemudiannya berpakat untuk meminta tolong daripada Raden Samudera, seorang cucu Maharaja Sukarama; seorang raja Daha. Raden Samudera ketika itu sedang dalam penyembunyian di daerah Muara Barito kerana ancaman bapa saudaranya, Pangeran Tumenggung yang ketika itu adalah raja Daha. Dibawah pimpinan Raden Samudera, tercetuslah pemberontakan Banjar ini dengan bantuan Kesultanan Demak dari Jawa[1]. Setelah berjaya menumpaskan kerajaan Daha, Raden Samudera memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Suriansyah[1] dan dimahkotakan sebagai sultan Banjar pertama.

Kesultanan Banjar kemudiannya kalah di tangan tentera Belanda pada tahun 1905 dan sultan terakhirnya ialah Sultan Tamjidullah III Abdul Rahman[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]