Hinduisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hindu)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuil Hindu di Malaysia.

Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia. Kitab utama agama ini ialah Veda yang dibahagikan kepada empat kitab utama iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.

Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan falsafah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Sebahagian besar penganut Hindu bersembahyang kepada pelbagai dewa-dewi, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.[1]

Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.[2]


Etimologi[sunting | sunting sumber]

Dalam Bahasa Parsi, perkataan Hindu berakar dari kata Sindhu (Bahasa Sanskerta).[3] Dalam Rig Veda, bangsa Arya menyebut wilayah mereka sebagai Sapta Sindhu (wilayah dengan tujuh sungai di barat daya benua India, yang salah satu sungai tersebut bernama sungai Indus).Hal ini mendekati dengan kata Hapta-Hendu yang terkandung dalam Zend Avesta (Vendidad: Fargard 1.18) - sastera suci dari kaum Zoroaster di Iran. Pada awalnya kata Hindu merujuk pada masyarakat yang hidup di wilayah sungai Sindhu. Hindu sendiri sebenarnya baru terbentuk setelah Masihi ketika beberapa kitab dari Weda digenapi oleh para brahmana. Pada zaman munculnya agama Buddha, agama Hindu sama sekali belum muncul semuanya masih mengenal sebagai ajaran Weda.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang-ladang dan kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka. Tetapi segala pembinaan tempat ibadat ada prosedeurnya tersendiri. Begitu juga dengan kuil, dimana akan diadakan upacara yang amat ditunggu- tunggu penganut Hindu, iaitu “kumba abishegham”. “Kumbam” merujuk kepada puncak kuil yang tajam, yang diperbuat daripada kuprum dan adakalanya emas, dan “abishegam” bermakna ‘mandi’ (hanya digunakan untuk upacara keagamaan, bukan kegunaan harian).

Asalnya nama Hindu adalah dari pengairan Sungai Indus di negara India, yang kemudian namanya mengalami perubahan sejajar dengan revolusi tamadun ke perkataan ‘Indhus' dan kini disebut secara kini sebagai 'Hindu'. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataannya adalah 'Hinduism'. Agama Hindu adalah asalnya suatu kepercayaan di negara India yang mengaitkan dunia sains, kepercayaan manusia pada luaran dan dalaman, serta dunia akhirat. Sepertimana yang diketahui, agama Buddha juga bersaling kait dengan agama Hindu, bezanya agama Buddha lebih menuju terhadap keamanaan pendirian serta ketidakbezaan sesama manusia. Malah, agama Hindu bukan sebenarnya asal sebagai agama, tetapi sebagai suatu kepercayaan. Hanya kini tanpa menjurus ke kepelbagaian segala agama yang terkandung di bawah kepercayaan Hindu digelar agama Hindu secara keseluruhannya.

Bagi agama Hindu pula, yogi - yogi pada masa dahulukala lebih tertumpu kepada menonjolkan kekuasaan kepada alam sekitar dan dengan ajaibnya, mampu mengaitkan dalaman manusia dengan alam sekeliling dengan gerakan dan posisi tangan, iaitu 'mudra'. Secara asasnya dalam ajaran Hindu, jari kita adalah dipercayai untuk mengandungi kuasa-kuasa alam; ibu jari ialah api (fire), jari telunjuk ialah udara (air), diikuti dengan ruangan (space), tanah (earth) dan jari manis merupakan air (water). Perkara – perkara ini nyata menjadi penguasaan serta pengawalan dalaman kita. Contohnya, mudra yang ‘mengaktifkan’ elemen air dapat mengawal kuantiti air dalam badan kita dan mudra tersebut dinamakan Varun Mudra. Inilah bukti ajaran Hindu pada dahulukala selain ajaran meditasi, penyembahan dan menghormati alam serta akhirat. Alangkah hebatnya jika diketahui bahawa yogi – yogi tersebut juga telah mengenal pasti bilangan planet dan fasa bulan 14 hari tanpa sebarang teknologi. Mudra – mudra yang disebutkan kini diekspreskan dalam tarian Bharathanatyam.

Ada juga keistimewaan dalam bidang perubatan yang diperkenalkan oleh yogi-yogi, dimana cara perubatan itu digelar "sarahasamruthi" (berasal dari bahasa Sanskrit) yang dispesifikasikan untuk golongan Siddha (golongan yang arif bagaikan gelaran Emeritus zaman dahulukala) dalam perubatan. Golongan tersebut dikenali sebagai Gotra. Golongan tersebut kurang mendapat tandingan dalam sains perubatan dari segi kemajuan pemikiran pada masa tersebut juga, walaupun taraf golongan Mesir dalam bidang perubatan dipandang tinggi. Golongan Gotra telah mampu mendalami sains perubatan sehingga kajian sel-sel manusia, dan akhirnya mengekstrak perkaitan tentang entiti kromosome (chromosomes) di dalam badan manusia, yang dunia sains kini belajar sebagai subjek “Genetics”, “Microbiology” dan “Inheritance”. Namun kemampuan melakukan kajian tersebut tanpa sebarang alatan sains yang canggih seperti yang masih lagi diperkenalkan kini, masih merupakan satu keajaiban serta misteri terhadap kuasa yang luarbiasa mereka. Golongan Grota ini memberi keutamaan kepada anak lelaki sebagai pewaris generasi maka akan cuba untuk mendapatkan anak lelaki melalui perlakuan seks dengan posisi yang betul. Tahulah kita bahawa bukti terhadap pendapat mereka dianggap sedikit kontroversi disebabkan ketiadaan cara untuk pembuktian yang kukuh.

Alangkah ajaibnya semasa kita memikirkan cara kajian tersebut dilaksanakan pada dahulukala berbanding zaman sekarang. Juga fakta tentang graviti telah dikeluarkan ideloginya oleh seorang yang menganuti agama Hindu sebelum Sir Issac Newton. Terdapat juga kajian – kajian lain seperti kajian dalam sains bahan, sains makanan, sains yoga dan meditasi dan lain-lain lagi. Katanya pemakanan atas daun pisang sekadar menjadi alternatif untuk pinggan pada masa dahulukala, malah tahukah kita tujuan sebenarnya adalah untuk mengekstrak klorofil pada daun pisang, agar kita dapat menikmati kebaikannya. Malah kini, “patent rights” dan kehormatan telah menuju pihak – pihak yang mengeluarkan air cordial klorofil di pasaran berbanding cara ini.

Kesenian dalam agama Hindu tidak apa kurangnya. Contoh yang memang tidak dapat dinafikan oleh warga manusia di setiap sudut dunia ialah seni pertahanan diri dari India iaitu seni ‘silambam’, ‘shoalin’ dan ‘kalaripayattu’. Silambam dan shoalin kini telah menjadi tapak inspirasi kepada seni-seni lain termasuk karate dan taekwondo di Asia Timur, muay-thai di Thailand, silat di Indonesia dan kemudiannya diamalkan di Malaysia, dan juga seni-seni yang menggunakan peralatan seperti kendo, pedang dan ‘fencing’. Gabungan yoga dan seni pertahankan diri telah menanam tunas di masyarakat dimana ‘taichi’ ditemui. Bagi seni ‘kalari’ yang tidak begitu diketahui ramai, ia merupakan gabungan unik antara bidang perubatan dan seni pertahankan diri. Dalam seni pertahankan diri ini, seseorang itu mampu mendahului dengan menjadikan pihak lawan kaku tanpa kecederaan, ‘paralyse’ dan juga mematikan mereka jika terpaksa, sama ada selamanya atau untuk tempoh 10 minit dimana mereka boleh menghidupkan mereka kembali dalam tempoh tersebut. Ia sangat berkait dengan “muay thai” pada hari ini, juga dengan permulaannya dimana setiap anak muridnya harus menyembah kepada Tuhan untuk menjaga keselamatan mereka semasa latihan mahupun penggunaan untuk defensi tersendiri.

Tarian yang menjadi tunas kepada agama Hindu ialah ‘bharathanatyam’ (‘natyam’ bermaksud tarian) atau dengan pendeknya digelar ‘bharatham’. Terdapat tarian-tarian lain juga yang berkait rapat dengan “bharatham” seperti odissi, “karagaatam” (menari sambil menyeimbangkan suatu konstruk penyembahan yang tinggi di atas kepala), “kolattam” (membunyikan irama dengan sepasang kayu pendek oleh setiap penari) dan banyak lagi. Yang dipelajari oleh penari Malaysia, Ramli Ibrahim ialah odissi, iaitu tarian yang mengekspreskan suatu cerita dengan perkaitan alam kita yang indah. Inspirasi kepada tarian-tarian ini ialah Tuhan bernama Shiva dengan “natyam”nya. Tarian Shiva digelar sebagai “shivathaandavam” dimana “shiva” merujuk kepada Tuhan Shiva dan “thaandavam” ialah tindakan atau aksi. Sebelum penari-penari memulakan tarian mereka, telah menjadi adat turun temurun untuk menyembah Tuhan Shiva yang akan diletakkanNya di sudut pentas, alangkah bagaikan untuk tontonanNya sebagai Guru juga. Melainkan tarian ini secara sifat keagamaan, untuk hiburan masyarakat dahulukala adalah tarian kuda kepang, hamper menyamai kuda kepang di pantai Timur Malaysia. Perbezaannya adalah di pantai Timur Malaysia, “penunggang”nya akan duduk atasnya, tetapi di India, “penunggang”nya akan duduk di dalamnya. Terdapat satu gelung yang besar di “tulang belakang” kuda yang memuatkan pinggang “penunggang”nya di dalamnya serta kain berwarna-warni yang panjang menutupi hingga ke aras lutut.

Bagaikan isi dengan kuku, tiada tarian tanpa muzik, maka alatan muzik juga tergolong dalam kesenian, tetapi alatan muzik tidak dikaitkan secara spesifiknya dengan agama Hindu. Ia digelar sebagai alatan muzik India, dan bukan alatan muzik agama Hindu. Contohnya adalah seperti “nathaswaram” (dalam Inggeris digelar ‘Indian trumpet’, yang biasanya dimainkan di upacara perkahwinan orang India), thappu (kompang India), “thaval” (gendang yang biasanya dimainkan di upacara perkahwinan orang India) dan banyak lagi. Untuk pengetahuan umum pembaca, ungkapan “Do Re Mi Fa So La Ti Do’ ”, dikenali dalam muzik India sebagai “Sa Re Ga Ma Pa Tha Ni Sa'".


Ungkapan yang sering diucapkan di sebarang majlis, upacara sembahan baik mahupun yang malang atau di kuil, ialah “Inbame Soozhga, Ellorum Vaazhga” bermaksud tidak mengira apa jua diversity antara kita, seperti agama, kaum, warna kulit mahupun Negara, harap semua senantiasa hidup sihat walafiat tanpa sebarang malapetaka ditimpanya.

Kepercayaan Asas Agama[sunting | sunting sumber]

Teks Hindu
Aum.svg
Śruti

Smriti

Hindu seringkali dianggap sebagai agama yang beraliran politeisme kerana memuja banyak Dewa, namun tidaklah sepenuhnya demikian. Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan tersendiri. Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada duanya.Dalam salah satu ajaran falsafah Hindu, Adwaita Wedanta menegaskan bahawa hanya ada satu kekuatan dan menjadi sumber dari segala yang ada (Brahman), yang memanifestasikan diri-Nya kepada manusia dalam pelbagai bentuk.Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, iaitu:

  1. Brahman - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
  2. Atman - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
  3. Karmaphala - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
  4. Samsara - percaya dengan adanya proses kelahiran semula (kelahiran semula)
  5. Moksa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia

Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (punar janma) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).

Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu

Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

  • Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
  • Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan penjelmaan (Avatara) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.
  • Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

Kitab-kitab utama[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan. Kitab-kitab ini juga berserta dengan Upanishad atau ajaran asas agama Hindu. Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manu menggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial. Parana-parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen.

Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu. Rama merupakan simbol dharma (amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan adiknya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyet, Hanuman. Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang anasir yang jahat yang tamak dan mempunyai sepuluh(10) kepala (RAVANAN). Satu lagi teks Hindu yang penting ialah Bhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna.

Tokoh-tokoh Utama[sunting | sunting sumber]

Tidak ada sesiapapun yang boleh dikatakan sebagai pengasas agama Hindu. Namun, terdapat beberapa orang tokoh utama yang memainkan peranan dalam perkembangan agama Hindu. Dalam zaman moden, Adi Sankara (juga dikenali sebagai Sankaracharya), Madhva, Ramanuja, Sri Ramakrishna dan Swami Vivekananda memainkan peranan penting dalam perkembangan agama Hindu.

Toleransi umat Hindu[sunting | sunting sumber]

Agama ini mempunyai ciri khas sebagai salah satu agama yang paling toleransi, yang mana di dalam kitab Weda dalam salah satu baitnya memuatkan ayat alam zaman moden, Adi Sankaria (erikut:् सत् विप्रा: बहुधा वदन्ति
Alihaksara: Ekam Sat Vipraaha Bahudhaa Vadanti
Bahasa Mealyu:"Hanya ada satu kebenaran tetapi para orang pandai menyebut-Nya dengan banyak nama."
Rg Weda (Buku I, Gita CLXIV, Bait 46)

Dalam pelbagai pustaka suci Hindu, banyak terdapat sloka-sloka yang mencerminkan toleransi dan sikap yang adil oleh Tuhan. Umat ​​Hindu menghormati kebenaran dari mana pun datangnya dan menganggap bahawa semua agama bertujuan sama, iaitu menuju Tuhan, namun dengan pelbagai sudut pandang dan cara pelaksanaan yang berbeza. Hal itu dinyatakan dalam kitab suci mereka sebagai berikut:

samo ‘haṁ sarva-bhūteṣu na me dveṣyo ‘sti na priyah
ye bhajanti tu māṁ bhaktyā mayi te teṣu cāpy aham
-(Bhagawadgita, IX:29)

erti: Aku tidak pernah iri dan selalu bersikap adil terhadap semua makhluk. Bagi-Ku tidak ada yang paling Ku-benci dan tidak ada yang paling Aku kasihi. Tetapi yang berbakti kepada-Ku, dia berada pada-Ku dan Aku bersamanya pu

Hinduisme di Bali[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Hinduisme di Bali

Kitab suci agama Hindu adalah Veda yang berasal dari India, namun yang sampai di Bali adalah Veda Catur dan Veda Qirah yang sehingga saat ini masih diguna oleh Pemangku atau Pendeta untuk memimpin upacara, termasuk ketika menjalani kewajiban mereka. Di samping Veda yang juga dikenali sebagai kitab-kitab Purana dan yang membincangkan peranan Moralitas, terdapat juga mahakarya-mahakarya seperti Mahabaratha dan Ramayana dalam bentuk cerita topeng, drama, opera, balet dan lain-lain sebagai pengungkapan ajaran agama Hindu. Kepercayaan masyarakat Hindu Bali adalah kekuatan hidup yang meliputi kekuatan alam Pulau Bali yang sudah menggaung ke segala penjuru dunia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar rencana ini (4 bahagian) · (info)
Bahagian 1 · Bahagian 2 · Bahagian 3 · Bahagian 4
Spoken Wikipedia
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2006-03-03, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)


Topik-topik Hinduisme
Śruti: Veda · Upanishad · Śrouta
Smriti: Itihasa (Ramayana, Mahabharata, Bhagavad Gita) · Puranas · Sutras · Agama (Tantra, Yantra) · Vedanta
Konsep: Avatar · Atman · Brahman · Kosas · Dharma · Karma · Moksha · Maya · Ishta-deva · Murti · Penjelmaan semula · Samsara · Tattva · Trimurti · Turiya · Guru
Falsafah: Aliran fikiran · Hinduisme awal · Samkhya · Nyaya · Vaisheshika · Yoga · Mimamsa · Vedanta · Tantra · Bhakti · Carvakas
Upacara amal: Jyotish · Ayurveda · Aarti · Bhajan · Darshan · Diksha · Mantera · Puja · Satsang · Stotras · Perkahwinan · Yajna
Guru dan santo: Shankara · Ramanuja · Madhvacharya · Ramakrishna · Vivekananda · Narayana Guru · Aurobindo · Ramana Maharshi · Sivananda · Chinmayananda · Sivaya Subramuniyaswami · Swaminarayan · Prabhupada · Lokenath
Mazhab: Vaishnavisme · Syaivisme · Syaktisme · Smartisme · Gerakan Hindu sezaman
Dewa Hindu: Senarai dewa-dewi Hindu · Mitologi Hindu
Yuga: Yuga Satya · Yuga Treta · Yuga Dvapara · Yuga Kali
Kasta: Brahmin · Kshatriya · Vaishya · Shudra · Dalit
p·b·s
Perayaan dalam takwim Hindu HinduSwastika.svg
Pongal | Holi | Ugadi | Rama Navami | Krishna Janmaashtami | Onam | Ganesh Chaturthi | Vaisakhi | Navratri | Durga Puja | Vijayadashami | Dasara | Diwali | Durga puja |Thaipusam | Maha Shivaratri | Ekadasi | Vaikunta Ekadasi | Mahalakshmi vrata | Raksha Bandhan | Bhai-Dooj/Bhau-Beej
p·b·s

  1. "Konsep Tuhan"
  2. [1] "Penganut"
  3. www.vishnumandir.com/htm/meaning.htm