Kerajaan Legeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerajaan Legeh
كراجأن ليكيه (jawi)
1700–1902
StatusAutonomi daripada Kesultanan Patani
Protectorate of Siam
Ibu negaraAyer Lanas
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu, Melayu Legeh
Agama
Sunni Islam
KerajaanMonarki
Raja 
• 1700–1735
Long Abdul Rahman / Long Deraman
• 1735 -
Tuan Long Nik bin Tuan Long Deraman
• - 1902
Tuan Nik Dah (Nik Diah)
Sejarah 
• Dibuka oleh alim Ulama' pada abad ke-15
Syeikh Ali al-Masyhur al-Laqihi / Sayyid Ali Nurul Alam / Syeikh Ali Alim 1700
1902
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Patani
Kerajaan Rattanakosin
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Sekarang sebahagian dariNarathiwat,Thailand
Jeli,Kelantan,Malaysia

Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, legeh atau legih ialah rabung yang memisahkan dua sistem saliran atau tanah tinggi yang memisahkan dua hulu sungai atau lebih. Pokok legih pula boleh dijadikan sejenis cenduai untuk kegunaan tradisonal tertentu. Misteri perkataan legeh tidak diketahui kecuali oleh mereka yang mula-mula mendiami kawasan berkenaan.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Syeikh Ali al-Masyhur al-Laqihi adalah orang yang sama dengan Sayyid Ali Nurul Alam atau Syeikh Ali Alim. Banyak nama gelar yang diberikan kepada pendakwah dan juga pemimpin besar ini. Beliau dikatakan putera kepada Sayyid Hussein Jamaluddin al-Kubro dan Puteri Syahirah (Puteri Selindung Bulan bin Sultan Baqi Syah). Beliau mendalami ilmu agama dengan bapa saudaranya di Patani sehinggalah ke Timur Tengah. Tiada riwayat jelas tentang penganjian ilmu beliau.

Sayyid Ali Nurul Alam kemudiannya membuka Legeh pada abad ke-15 masehi dan memulakan dakwah di sana. Terdapat dakwaan kawasan asal yang dibuka itu ialah sebuah penempatan di Jeli. Setelah Sayyid Ali diberi peranan sebagai Perdana Menteri kerajaan Chermin, dakwah di Legeh diteruskan pula oleh putera bongsunya, Syeikh Wan Muhammad Shalih al-Laqihi.

 Sultan Umar, Raja Jembal 1676 – 1721, telah menyerahkan Kota Bukit Jarum, Pasir Mas di Legeh kepada Tuan Long Bahar setelah mengahwinkan dengan puteri baginda Raja Pah. Setelah Raja Long Bahar ditabalkan sebagai Raja Jembal pada 1721, tiada catatan atau rekod yang menunjukkan Raja Legeh selepas baginda. Ini berkemungkinan Legeh adalah dibawah pentadbiran terus oleh Raja Jembal.

  Legeh bagaimana pun telah ditadbir oleh anak saudara Raja Long Bahar, Tuan Long Deraman (Raja Abdul Rahman) bin Tuan Long Nik. Setelah Tuan Long Deraman mangkat semasa perang saudara 1735, Legeh ditadbir pula oleh Tuan Long Nik. Tuan Long Nik, Raja Legeh ialah putera Tuan Long Deraman dan Tuan Wan Kembang binti Raja Long Sulaiman.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

   Legeh semasa pemerintahan Tuan Long Deraman bersempadan dengan Jembal di Kota Kubang Labu. Sebelah baratnya bersempadan dengan Reman, utaranya pula ialah Pujut dan Sai di timur laut. Grik di Perak sekarang adalah sebahagian negeri Legeh pada masa dahulu.

Keruntuhan[sunting | sunting sumber]

    Kedaulatan dan kekuatan Legeh berakhir di zaman Tuan Nik Dah (Nik Diah), Raja Legeh terakhir terpaksa berundur dalam perang besar meletus antara Patani dan Siam-Thai 1832. Tuan Nik Diah Raja Legeh, Tuan Nik Dih Raja Nongcik, Tuan Kundur Raja Jala dan Tuan Sulong Raja Patani bersama tentera negeri masing-masing telah berjuang berhabisan mempertahankan Patani. Raja-Raja dari empat negeri Patani itu telah bersatu dengan Tengku Kudin putera Raja Kedah dalam peperangan tersebut. Turut membantu ialah 5,000 tentera dari Terengganu dan 3,000 tentera dari Kelantan. Bagaimana pun, tentera Siam dari gabungan Chenak, Singgora, Ligor dan Bangkok jauh melebihi jumlah tentera Melayu. Syahidnya Tengku Kudin di Kedah menyebabkan pertahahanan tentera Kedah lumpuh.  Tuan Nik Dih Raja Nongcik juga turut mangkat dan akhirnya tentera Melayu terpaksa berundur untuk menyusun strategi dari luar Patani.

 Setelah berundurnya Tuan Nik Dah dari Legeh, Nai Phya telah melantik orang kepercayaan dan setia kepadanya, Nik Bongsu menjadi Raja Legeh. Nik Bongsu memindahkan pusat pentadbiran Legeh ke Tanjung Mas.

Kesimpulan[sunting | sunting sumber]

  Negeri Legeh yang dibuka oleh alim ulama yang mulia serta pernah mempunyai raja-raja yang tegas dan berani, akhirnya tumbang ke tangan kafir Siam akibat tiada penyatuan serta pengkhianatan terhadap saudara, bangsa dan agama sendiri. Nama Legeh semakin pudar setelah masyhur selama hampir 300 tahun sebagai salah satu pusat dakwah di Patani.

Akhirnya setelah penguasaan Siam-Thai, nama Legeh sebagai sebuah negeri berdaulat di dalam Patani semakin mengecil, ditukar kepada Teluban dan Menara. Tinggallah Legeh menjadi sejarah yang semakin dilupakan ditelan masa.