Jeli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 5°41′39″N 101°50′43″W / 5.6943°U 101.8452°B / 5.6943; -101.8452

Jeli
جيلي
Jeli yang terletak di Kelantan
Jeli
Koordinat: 5°41′40″N 101°50′43″E / 5.69444°U 101.84528°T / 5.69444; 101.84528
Negara  Malaysia
Negeri  Kelantan
Keluasan
 • Jumlah 1,330.48 km2 (513.70 sq mi)
Populasi (2010)
 • Jumlah 40,637 [1]
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod 17600 Jeli
Kod kawasan 09

Jeli (Jawi: جيلي ) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah.

Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb. Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai iaitu sejurus lebuhraya timur barat dari sini ke Gerik, Perak dibuka ketika itu. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Penduduk Jeli seramai 40,637 orang (banci 2010). Penduduk di daerah Jeli seramai 21,120 orang, penduduk di daerah Kuala Balah seramai 12,062 dan penduduk di daerah Batu Melintang seramai 9,690 orang. Kaum Melayu seramai 42,400 orang manakala Orang Asli seramai 472 orang. [2] Peratusan penduduk Melayu ialah 97.7%, Orang Asli 1.1%, Cina 0.16%, India 0.09%, dan lain-lain 0.9%.

Bandar sempadan[sunting | sunting sumber]

Jeli beruntung kerana menjadi bandar sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Bandar Jeli hanya 100 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar Tanah Merah pula sejauh 50 km. Dari bandar Grik, Perak pula hanya 121 km sahaja melalui Lebuhraya Timur-Barat. Dari bandar Gua Musang pula hanya sejauh 115 km sahaja melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132 km melalui Jalan Jeli-Pekan Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai. Dari Pekan Rantau Panjang pula hanya 45 km sahaja melalui Jalan Jeli-Panglima Bayu-Rantau Panjang. Dahulu Jeli mendapat jolokan 'bandar koboi latin' tetapi kini semuanya berubah wajah. Ia menjadi penghubung antara Grik, di Perak dan Kelantan, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Ban Buketa, Selatan Thailand dan Bukit Bunga melalui Jambatan Muhibbah. Pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ) siap pada Ogos 2010 dengan kos RM47 juta. Bandar Jeli juga telah mengalami perubahan fizikal yang ketara dengan pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang. Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (To'Pa) berharap Jeli berkembang maju pada 2015 mengikut perancangan. Cawangan Bank Muamalat yang ke-58 baru dibuka. Selain itu, kampus kedua Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains serta pembesaran jalan di sepanjang Lebuh raya Timur Barat menghubungkan Kelantan dengan Grik, Perak[3].


Jalan Perhubungan Utama[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Timur Barat(Kota Bharu- Jeli-Gerik) atau(Jalan Persekutuan 4)

Jalan Persekutuan 66(Jalan Jeli-Gua Musang)


Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Jeli ialah Dato Mustapa Mohamed, (Alamat: No.5, R&R Mara, Jalan Lebuhraya Timur-Barat, 17600 Jeli) yang juga merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - 2009.

Pihak Berkuasa Tempatan[sunting | sunting sumber]

Agensi kerajaan[sunting | sunting sumber]

  • Amanah Ikhtiar Malaysia, No. 1159, Kawasan Pasar, Pusat Bandar Jeli, 17600 Jeli, Kelantan.
  • Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jeli (AADK) Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Lot 2-4 & 2-5, Tingkat 2, Bangunan Arked Mara Jeli, Bandar Baru Jeli, 17600 Jeli
  • Jabatan Kerja Raya dan Jurutera Jajahan Jeli
  • Jabatan Pendaftaran Negara daerah Jeli
  • Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Jeli
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Jeli
  • Pejabat Belia dan Sukan daerah Jeli
  • FAMA daerah Jeli
  • Pejabat Risda daerah Jeli
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) daerah Jeli
  • Pejabat Pelajaran Daerah Jeli
  • KESEDAR Wilayah Jeli
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP)Jeli
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Jeli
  • Pejabat Perhilitan cawangan Jeli
  • Pejabat Haiwan dan Veterinar Jeli
  • Mahkamah Majisterit Jeli
  • Mahkamah Rendah Syariah Jeli
  • Pejabat Agama dan Kadi Jajahan Jeli
  • Jabatan Penerangan Malaysia dearah Jeli
  • Pejabat MARA daerah Jeli
  • Pejabat RELA daerah Jeli
  • Pejabat AR-Rahnu YAPEIM daerah Jeli

Felcra[sunting | sunting sumber]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

  • Kem Rejimen Sempadan Ke-2,Batu Melintang, 17600 Jeli
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli,17600 Jeli
  • Balai Bomba dan Penyelamat Jeli,17600,Jeli
  • Jabatan Pertahanan Awam Unit Jeli,17600 Jeli
  • Sahabat Keselamatan Tanah Merah-Machang-Jeli (SKTMJ)
  • Rukun Tetangga(SRS) Bandar Jeli
  • Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Daerah Jeli
  • Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Ayer Lanas,Jeli

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Pejabat pos[sunting | sunting sumber]

  • Pos Malaysia Bhd, Bangunan MARA,Bandar Jeli 17600 Jeli
  • Pos Malaysia Bhd, Pejabat Pos Kuala Balah, Jalan Dabong, Kampung Kuala Balah, 17610 Jeli
  • Pos Malaysia Bhd,Ayer Lanas,Jeli

Bekalan air[sunting | sunting sumber]

Bekalan elektrik[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Kesihatan Daerah Jeli,Jalan Klinik,17600,Jeli
  • Klinik Kesihatan Bandar Jeli, Jalan Klinik, 17600 Jeli
  • Hospital Jeli,Jalan Klinik, 17600 Jeli
  • Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd, JKR53P, Pusat Kesihatan Jeli, Jalan Klinik, 17600 Jeli
  • Radicare (M) Sdn Bhd, Hospital Jeli, Jalan Dabong, 17600 Jeli
  • Klinik Kesihatan Kuala Balah, Kg. Tunku Abdul Rahman, 17610 Kuala Balah
  • Klinik Kesihatan Ayer Lanas,Jeli
  • Klinik 1Malaysia,Batu Melintang,Jeli
  • Klinik Dr.Aminudin,Pusat Bandar Jeli
  • Klinik Hidayah,Pusat Bandar Jeli
  • Farmasi As-Syifa,Pusat Bandar Jeli

Koperasi[sunting | sunting sumber]

Bank[sunting | sunting sumber]

  • Bank Muamalat,Bandar Jeli,17600
  • AGRO Bank Malaysia,Bandar Jeli
  • Bank Simpanan Nasional
  • Kioks CIMB ATM di Stesen Minyak Petronas Jeli
  • Kioks CIMB ATM dan CDM di Stesen Minyak Shell Jeli
  • Kioks Bank Rakyat dan mesin ATM di Bukit Bunga
  • Affin Bank di Bukit Bunga

Stesen minyak[sunting | sunting sumber]

  • Caltex,Batu 13,Lebuh raya Timur-Barat
  • Shell, Lebuh raya Timur Barat km 276
  • Caltex,Kampung Berdang,17600 Jeli, Km2 Jalan Jeli-Kuala Balah-Gua Musang
  • Petronas, km 278

Stesen bas dan teksi[sunting | sunting sumber]

  • Terminal bas domestik Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd, JKR232, Stesen Bas SKMK, Jalan Kuala Balah, 17600 Jeli
  • Terminal Bas Ekspres Bandar Jeli,17600, Jeli.
  • Stesen Teksi Bandar Jeli,17600, Jeli
  • Heitech Padu Bhd, Pejabat Umno Bahagian Jeli, 17700 Ayer Lanas

Persatuan dan pertubuhan[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat UMNO Bahagian Jeli, 17700 Ayer Lanas
  • Pertubuhan Peladang Kawasan Jeli/Batu Melintang, No. 571, Bangunan LPP, Jalan Jeli Lama, 17600 Jeli


Pusat Pemulihan Narkotik Jeli[sunting | sunting sumber]

Merupakan pusat pemulihan dadah bagi negeri Kelantan terletak di Lebuh raya Timur Barat km 273.

Kawasan pelancongan menarik[sunting | sunting sumber]

  • Tasik Pergau, Lebuhraya Timur Barat
  • Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
  • Kolam Air panas Jeli di Kampung Kolam Air Panas, Lebuhraya Timur Barat
  • Lata Janggut, Kuala Long, Jeli
  • Lata Renyok, Jalan Jeli-Dabong, Kg Renyok Jeli.
  • Lata Chenang, Jalan Jeli-Dabong, Kg Relak,Jeli


Jajahan Jeli[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Belimbing
  2. Mukim Bunga Tanjong
  3. Mukim Jeli
  4. Mukim Jeli Tepi Sungai
  5. Mukim Kalai
  6. Mukim Kuala Balah
  7. Mukim Lubok Bongor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]