Kerajaan agraria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembanganna berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian. Masyarakatnya mengakui keperluan cara hidup dan sara kerja yang lain tetapi menekankan kepentingan pertanian dan perladangan, dan merupakan bentuk paling biasa pengurusan sosial-ekonomi bagi sejarah manusia dalam rekod. Ini adalah cara biasa bagi negara Eropah Zaman Pertengahan mendapatkan kekayaan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

  1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian.
  2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman
  3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah
  4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang
  5. Sistem pengaliran dikawal oleh pemerintah.
  6. Hasil utama kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan menangkap ikan

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.Ia menggunakan sistem aliran air yang disalurkan daripada baray maksudnya ialah kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta liter padu. Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yang kaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)

Aktiviti masyarakat[sunting | sunting sumber]

Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi.

Perubahan dalam amalan pertanian pertama berlaku di England pada kurun ke-18, dengan Revolusi Pertanian British, dan kemudiannya merebak ke kesemua Eropah dan Amerika Syarikat. Thomas Jefferson menggalakkan masyarakat agraria bagi Amerika Syarikat semasa pembentukan awal negara tersebut.

Satu bentuk moden agraria pada peringkat kebangsaan wujud: usaha pihak Khmer Rouge di Kemboja dari tahun 1975 sehingga penjajahan dan pendudukan Kemboja oleh Vietnam pda tahun 1979.

Pergerakan Sub-kebangsaan agraria termasuk Amish dan Mennonites.

Contoh terbaik asyarakat agraria adalah Amerika Syarikat Selatan semasa 1800-an dan Perang Saudara.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]