Thomas Jefferson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Thomas Jefferson
Potret Thomas Jefferson dari Rembrandt Peale.

Tempoh jawatan
4 Mac 1801 – 4 Mac 1809
Naib Presiden Aaron Burr
George Clinton
Didahului oleh John Adams
Diganti oleh James Madison

Lahir 13 April 1743(1743-04-13)
Shadwell, Virginia
Meninggal dunia 4 Julai 1826 (umur 83)
Charlottesville, Virginia, A.S
Persemadian Monticello
Charlottesville, Virginia
Parti politik Parti Republik Demokratik
Pasangan Martha Wayles
Anak Martha
Jane
Mary
Lucy
Lucy Elizabeth
Alma mater Kolej William dan Mary
Profesion ahli politik dan lain-lain
Religion Kristian
Tandatangan Th: Jefferson

Thomas Jefferson (13 April 17434 Julai 1826) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ketiga (18011809), pengarang utama Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat (1776), serta salah satu pengasas Amerika Syarikat yang terpengaruh. Peristiwa-peristiwa yang utama semasa kepresidenannya termasuk Pembelian Louisiana (1803), Akta Embargo 1807, dan Ekspedisi Lewis dan Clark (18041806).

Seorang ahli falsafah politik yang mempromosikan liberalisme klasik, republikanisme, dan pemisahan antara gereja dengan kerajaan, Jefferson ialah pengarang Statut Virginia untuk Kebebasan Agama (1779, 1786) yang merupakan asas untuk Fasal Pengasasan Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat. Beliau merupakan eponim untuk demokrasi Jefferson dan pengasas serta ketua Parti Demokratik-Republikan yang menguasai politik Amerika Syarikat melebihi satu suku abad. Jefferson juga merupakan Gabernor Virginia yang kedua (17791781), Setiausaha Negara Amerika Syarikat pertama (17891793), serta Naib Presiden Amerika Syarikat yang kedua (17971801).

Selain daripada kerjaya politiknya, Jefferson ialah seorang pemilik ladang, ahli pertanian, ahli hortikultur, arkitek, ahli etimologi, ahil arkeologi, ahli matematik, ahli kriptografi, juruukur, ahli paleontologi, pengarang, peguam, pereka, pemain biola, dan pengasas Universiti Virginia. Banyak orang menganggap Jefferson sebagai salah satu daripada orang yang paling bijak yang pernah menyandang kepresidenan Amerika Syarikat. Ketika menyambut 49 pemenang Hadiah Nobel dari Hemisfera Barat ke Rumah Putih, Presiden John F. Kennedy berkata: "Aku berfikir ini adalah himpunan bakat dan pengetahuan manusia yang paling luar biasa yang pernah berhimpun di Rumah Putih, mungkin kecuali ketika Thomas Jefferson makan sendirian." [1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kata-kata di majlis makan malam untuk menghormati pemenang-pemenang Hadiah Nobel dari Hemisfera Barat, 29 April 1962, Washington D.C.: John F. Kennedy: 1962: mengandungi perutusan, ucapan, dan kenyataan awam presiden, 20 Januari - 31 Disember 1962. Kertas-kertas Awam Presiden-Presiden Amerika Syarikat: John F. Kennedy, 1962, m.s. 347. Pejabat Pendaftar Persekutuan, Perkhidmatan Arkib dan Rekod Negara, Pentadbiran Perkhidmatan Am, Washington, D.C. Dicapai pada 3 Ogos 2006 daripada Perpustakaan Digit Universiti Michigan.

Pautan luar dan sumber[sunting | sunting sumber]