M24 Chaffee
(Dilencongkan dari Kereta Kebal Ringan M24 Chaffee)
M24 Chaffee (secara rasmi Kereta Kebal Ringan, M24) ialah kereta kebal ringan Amerika Syarikat yang digunakan semasa peringkat akhir Perang Dunia Kedua; ia juga digunakan dalam konflik selepas Perang Dunia Kedua termasuk Perang Korea, dan oleh Perancis dalam Perang Algeria dan Perang Indochina Pertama.