Kereta kebal Mark VI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Model kayu bagi cadangan Mark VI, 1917

Kereta kebal Mark VI merupakan projek kereta kebal berat British semasa Perang Dunia I.

Setelah menghasilkan rancangan bagi pembangunan berterusan bagi kereta kebal Mark I kepada kereta kebal Mark IV, Tank Supply Committee (institute perancangan dan pengawalan penghasilan kereta kebal British) pada Disember 1916 mengarahkan reka bentuk dua jenis baru: Mark V dan Mark VI. Kereta kebal Mark V akan mengunakan ciri-ciri termaju yang masih boleh dimasukkan pada badan kereta kebal Mark I. Mark VI akan meninggalkan kerangka lama sepenuhnya, hanya membayangkan prinsip umum kereta kebal lama.

Pada 13 Julai 1917 Metropolitan, syarikat berkait dengan Sir William Tritton, telah menyiapkan model kayu bagi kedua jenis. Disebabkan tiada lukisan reka bentuk Mark VI terselamat, gambar yang dihasilkan pada tarikh tersebut (dan peristiwa lebih awal pada 23 Jun dari model yang separa siap) membentuk sumber utama maklumat sedemikian.

Reka bentuk Mark V sesungguhnya kelihatan amat menyerupai kereta kebal Mark I. Bagaimanapun, ia hanyalah perubahan kecil termasuk sponson lebih kecil dengan tapak mesingan silinder, badan lebih panjang, kabin lebih besar dan kedudukan mesingan di belakang. Reka bentuk ini akhirnya ditinggalkan kerana kelewatan besar dalam pembangunan Mark IV. Kereta kebal yang dihasilkan di bawah nama tersebut bukannya Mark IV sebagaimana rancangan awal tetapi Mark I yang asasnya ditukar sedikit. Apabila pada akhir Disember 1917 enjin baru yang dikehendaki dan tranmisi dapat dihasilkan, jenis ini yang kini dikenali sebagai Mark V.

Reka bentuk Mark VI memiliki badan yang berubah sepenuhnya, trek membulat yang lebih tinggi pada bahagian hadapan. Sponson disingkirkan, dan pintu tepi digantikan dengan kedudukan mesingan. Persenjataan tunggal adalah meriam 57 mm gun tunggal di bahagian hadapan badan. Pemandu duduk dalam superstruktur segi empat jauh di belakang, setiap sisi mempunyai mesingan. Kita kini mengetahui dari teks yang terselamat bahawa badannya terbahagi dengan bilik enjin terasing di sebelah dan juga mempunyai gear pemanduan dalaman (in line) bagi kedua trek, batang gandar bagi trek di kedudukan bertentangan menyeberangi badan kereta kebal. Trek lebih lebar (75 cm) akan digunakan.

Pada September 1917 ibupejabat US di Perancis memutuskan untuk mencipta Kor Kereta kebal Amerika berasingan dengan 25 battalion antaranya dengan lima Battalion Kereta kebal Berat, Major James A. Drain menempah 600 kereta kebal British paling maju, pada masa itu merupakan kereta kebal Mark VI. Bagaimanapun tindakan ini mengancam rancangan Albert Gerald Stern, yang menyelaras penghasilan kereta kebal Berikat, untuk menghasilkan kereta kebal Anglo-Amerika bersama, dengan kereta kebal Mark VIII. Pada Disember 1917 dia memerintahkan projek itu dihentikan. Malah prototaip Mark VI pun tidak sempat dihasilkan.